2017 - Whisper of zlyn

Instagram

Wednesday, August 30, 2017

Original cake

Viral  original cake ini dekat almost laman sosial kan. Sempat jugalah mencuba dia punya kek ini harga pon okey juga tak terlalu mahal. Masa itu pergi city square jb dan macam biasa beratur dia punya lah panjang semata kek ini.

Lagi-lagi nampak kek yang fresh keluar dari oven dia and dia cut infront you okey and masuk dalam kotak dia. Ada 3 jenis, original, chesess dengan coklat tapi nama penuh dia lupa haha. Harga ori RM18 tapi hari tu ada diskaun jadi RM15, cheese Rm 20 dan coklat rm25 macam tu la ke tertukar cheese dengan coklat tu.


Hampir 10minit jugalah kena beratur fuhh, then sampai terus cakap je nak perisa apa. Malangnya, cakap nak coklat dengan cheese tapi dapatnya chesses dengan ori hmmm.  Patutlah pelik kenapa macam duit baki lebih haha.

Seriously okey lah lembut and saiz dia sangat berpatutan dengan harga tapi original tu rasa macam too much telur dan pada yang tak boleh makan telur sangat memang boleh rasa nak muntah. Maybe time i beli je kot bukan semua sebab adunan lain-lain kan. Cheese better than original for me and okeylah tak sekuat rasa telur yang ori.

here short video from me ! enjoy it











Thursday, August 24, 2017

What?! Cholestrol? oh noooooo
Ramai sebenarnya tak sedar dan tak ambik berat pun pasal kolestrol dalam badan including me actually. Tapi mula sedar bila last year or two years ago mula muncul bawah mata, mula-mula memang kecik je ingatkan macam blackhead gitu tapi bila dibiarkan lama-lama makin besar sedikit dan kalau orang tengok mesti akan perasan sebab bawah matakan.
 

i punya ada satu ketul je la putih tu dan mula google tuptup keluar artikal pasal kolestrol yang tinggi punca dia. Memang tidak dinafikan kalau makan memang melantak je tak pernah nak hirau kolestrol tinggi ke tak. Korang yang dah ada benda ini jangan ambik mudah dan yang belum ada pun kenalah hati-hati. Nasib baik lepas tu terus kurangkan yang berminyak dan beberapa lagi dan hilang juga ketulan putih itu.. Risau sesangat okey takut makin banyak

Macam mana boleh kolestrol tinggi? okey jom baca ini⇙

1. Pemakanan
 -Mengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak tepu biasanya akan meningkatkan kadar kolestrol. Contohnya seperti telur, keju, minyak masak yang berlebihan dan pelbagai jenis makanan yang bergoreng. (nak makan yang bergoreng itu beringat sedikit)

2. Merokok
  -merokok juga banyak keburukan dan merupakan salah satu punca. Selain boleh merosakkan paru-paru, merokok juga mampu menurunkan tahap kolestrol baik dalam darah. Kita memerlukan kolestrol baikk berbanding kolestrol jahat lahhh!

3. Tahap Kesihatan
Mempunyai penyakit lain seperti diabetis atau hipotiroid sangat berisiko untuk peningkatan tahap kolestrol. Korang perlu lakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin bagi mengelak risiko penyakit lain juga.
4. Aktiiviti harian
Kurang melakukan aktiviti / bersenam akan meyebabkan peningkatan kadar LDL (kolestrol jahat) dan merendahkan tahap HDL (kolestrol baik) dalam tubuh kita. Paling kalau tak sempat sangat banyakkan berjalan , keep walk jangan duduk je or baring sahaja tak kira usia ye.



5. Sejarah Keluarga
Ada orang masih memiliki kadar kolestrol yang agak tinggi walaupun telah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan diet yang seimbang seperti yang disarankan. Keturunan juga mempengaruhi masalah kolestrol tinggi, korang boleh check family background punya kesihatan ye.

6. Usia dan jantina
Mencecah umur 20 tahun perlu lebih berhati-hati, kolestrol mula meningkat melainkan anda mengamalkan aktiviti dan pemakanan yang mencegah kenaikan tahap kolestrol.
Golongan lelaki lebih cenderung mempunyai tahap kolestrol yang tinggi berbanding wanita.

7. Berat badan
Tumpuan lemak di bahagian perut dan pinggang bukan sahaja menyukarkan anda untuk memilih saiz seluar yang sesuai, malah ia juga meningkatkan kadar triglisedira dan menirinkan HDL atau kolestrol baik.

Kita perlu lebih berhati-hati dalam setiap pemilihan makanan kita dan keluarga, siapa lagi ingin mencegah kalau bukan kita kan, after tahu punca semua ini jom kurangkan sedikit demi sedikit dan mula bersenam paling busuk pun jalan selama 30 minitla.

Cara paling mudah nak turunkan kadar kolestrol dalam badan yang i tahu dan amalkan juga kekadang adalah dengan minum air mineral yang dah letak slice of lemon. Sebenarnya banyak je lagi yang boleh bantu macam tomato, soya bean atau bahasa melayunya kacang kedelai, buah naga dan lain-lain . 

Ambik sikit-sikit je kalau dah tahu semua pening pula nak ambik yang mana satu kan. so just amalkan yang mudah je.

Selamat menjaga kesihatan dan ambik langkah berjaga-jaga okey

Sunday, August 13, 2017

Coklat Moist bakar


        Bila duduk rumah memang nak makan saja tapi tak ada apa boleh makan dalam stock! huh selalu memag suruh akak saja yang buat kek, kita just mengarah nak kek apa. Tapi malangnya akak tak ada okey memang macam buang terbiat masuk dapur buat kek selama ini memang jarang okey.
      
       Kali ini nak buat kek coklat moist bakar pula sebab dulu dah buat yang kukus. Korang boleh cuba after this okey sis pon ambik resepi ini dari blog iamaproudmama . Start dari pada bahan-bahan dulu ye sikit je tak banyak sangat.

Bahan-bahan yang perlu di ayak:
- 2 cawan tepung superfine ataupun guna tepung gandum 
- 3/4 cawan serbuk koko
- 2 tsp soda bikarbonat
- 2 tsp baking powder


Next adalah Bahan-bahan untuk mixer adalah:

- 2 cawan gula kastor (tapi sis pakai 1 1/2 Sebab tak nak manis sangat)
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak masak (boleh gunakan butter yang dicairkan) *sis pakai minyak saja sebab malas nak cairkan butter haha*
- 1 cawan air suam
- 1 tbsp coklat emulco *ini pun tak letak sebab tak ada*
- 3 biji telur gred A 


 mix semuanya sampai dah agak-agak sebati . Dah molek korang campurkanlah  adunan yang mix tu dengan bahan-bahan yang telah di ayak pada mulanya.
Gaul sampai serbati kalau nak jimat masa masa korang tengah mix bahan tu korang dah boleh panaskan over dulu tak payah nanti nak kena tunggu lagi kan.

then suhu 180 darjah dan bakar dalam 40 sehingga 50 minit ye .
Janganlupa sebelum tuang adunan ke dalam acuan korang perlulah calit sedikit butter dekat bekas tu biar tak melekat. And kalau suka kacang boleh tabur macam sis letak kacang walnut.
tunggulah hasilnya tadaaa.....

 sebenarnya ada dua bekas tapi lagi satu tak sempat pula nak ambik gambar haha.. 
Okey selamat mencuba yeee.

next agak-agak nak buat kek apa pula ye sementara ada dekat rumah ini

Sunday, August 6, 2017

Hungry? faster samosa homemade?!
Lapar, dan asyik lapar kalau petang-petang nak makan apa?! nak keluar beli goreng pisang or keropok lekor malas? ye kita dalam golongan sama malas untuk keluar beli makanan haha. Okey buat homemade sahaja senang. Kali ini nak share pasal buat homemade samosa not so samosa bedal je la nak panggil apa pun inti dia kari daging. Simple gila serious ini tak payah nak berpeluh sakan sangat kalau masuk dapur tu.

first benda penting kulit popia lah untuk balut dia kalau nak buat samosa kena cari panjang or besar sikit ini yang sis beli empat segi kecik konon dulu nak buat kuih raya popia nestum tapi hanya angan-angan dicapai angin sahaja.

Secondly kena pikir korang nak bahan apa dalam dia kalau nak daging so sediakan daging cincang kalau ayam, ayam cincanglah ye yang senang. Second kentang korang rebuslah dia dulu molekmolek senang nanti tak adalah keras je nak makan, and kalau nak sihat sikit letak lah sayur bersesuaian.



Macam sis letak carrot sahaja, and then rebus lah bersaama kentang tadi. okey dah biarkan dia rebus tu sediakan bahan untuk ditumis like bawang merah , bawah putih dipotong dadu kecikkecik ye karang tersedak nak makan . Dah ready korang boleh start masak kari dengan bahan semua tu tadi jangan berair pula ye masak kari kering punya je.

Dah siap korang boleh biarkan seketika bagi sejuk korang kopek dulu kulit popia tu. Beres semua balutla macam macam cara korang nak pon asalkan menjadi elok dan molek jangan sampai isi terkeluar dan kalau nak lekatkan letak tepung yang dicapur air CALIT sikit je jangan bubuh banyak pula.

settle habiskan semua korang boleh goreng actually kulit popia kena letak macam kain basah tapi sis tak buat sebab malas emm kan dah cakap dekat atas tadi malas. ahaha okey tapi alhamdulilah berjaya first try walaupun bukan seorang yang terror masak.  Sekian sahaja korang boleh try memang buat dia tak berpeluk ketiak pon kejap sangat dan siap terus boleh makan .


Monday, July 31, 2017

Teh Hijau ?!
          

 yuks bila teringatkan teh hijau? Pahit?! Seriously memang agak tak sedap tapi dalam tak sedap dia banyak manfaat untuk kita okey. Kenapa kalau nak kurus kena minum teh hijau, ahh situ dah boleh agak kan yang dia ada manfaat untuk diri kita. Lebih elok diminum begitu sahaja tanpa gula ataupun campur dengan madu (honey). Kenapa tak boleh letak gula? Sebab kita nak bakar calori dalam badan kalau letak gula tak ke bertambah balik.

           
          Firstly, dapat menjaga kesihatan kulit kita dan teh hijau juga dapat melindungi kulit daripada pancaran sinar ultraviolet sehingga secara tidak langsung. Minum teh hijau dapat membuat kita terhindar dari penyakit kanser kulit. Selain itu, Dapat mengurangkan berat badan dan mencegah obes sebab dapat meningkatkan metabolisma badan kita. Badan akan lebih cepat memproses lemak yang terkumpul bila metabolisma kita tinggi.

        Teh Hijau Boleh Mengurangkan Risiko Kencing Manis Tahap 2 atau  Pesakit Diabetes sangat disarankan untuk minum teh hijau ini kerana Teh Hijau membantu mengawal kadar glukosa dan seterusnya mengelakkan peningkatan gula dalam darah selepas makan. Pesakit Jatung juga boleh mengamalkannya sebab saluran darah menjadi lebih stabil dan tenang untuk perubahan tekanan darah yang berubah secara tiba-tiba dan dapat mengurangkan masalah jantung tersumbat.
     
       Teh Hijau mampu mengurangkan paras kolestrol jahat dalam badan kita serta meningkatkan kolestrol baik berbanding kolestrol jahat dalam badan. Teh hijau juga sesuai untuk orang yang tengah stress sebab ia kelebihan teh hijau tambahan pula bila dengan campuran madu.

      
macam sis sekarang minum ahmad tea ni memang umppphhhh .. Kadang tu memang rasa nak letak gula je. Tapi batalkan je niat dan kekadang letak juga hahaha tapi dalam kuantiti yang sangat sikit.




Teh hujau dari boh ni pon okey juga pernah minum dulu sama je . Tapi ini murah sikitlah and senang nak dapat kalau ahmad tea tu susah sikit.
Fungsi memang sama untuk semua hanya jenama sahaja yang membezakan dia.

korang memang patut cuba walaupun tak berapa nak sedap tapi banyak khasiat untuk diri kita. Kalau bukan dari jaga pemakanan dan minuman bila lagi nak jaga kesihatan? Takkan nak sampai dah sakit teruk baru nak google mana yang baik untuk kurangkan itu kurangkan ini.. So better ambik langkah kecil untuk jaga kesihatan diri kita.
        

Tuesday, July 25, 2017

Tempat pilihan terbaik bila di Kuantan Pahang



Hai gais bagi sesiapa yang nak bercuti dalam masa jangka panjang atau pendek ini ke Kuantan Pahang  korang perlu cuba untuk stay di Mega View Hotel dan wajib masuk dalam list hotel korang tau. Hotel ini terletak di Bandar Kuantan dan lokasinya sangat-sangat sesuai sebab berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah Airport(KUA) sejauh 13.74km sahaja okey. Senang sangat kalau datang naik kapal terbang terus naik teksi dan sekejap je dah sampai tak payah duduk lelama dalam kereta pula kan. Selain itu, Terdapat banyak tarikan pelancongan yang berdekatan, contohnya Teluk Cempedak Beach dalam 4.87 km, dan Sultan Ahmad Shah Airport (KUA) dalam 13.74 km.
Kita boleh menikmati  reka bentuk dan seni bina Mega View Hotel yang sangat lawa serta suasana yang unik Mega View Hotel juga turut menyediakan beberapa perkhidmatan dan kemudahan lengkapan yang kita perlukan. Kita boleh menikmati segala hiburan yang telah disediakan oleh pihak Mega View Hotel dan ia akan menjadi sebuah penginapan yang menarik untuk percutian sekeluarga. Usah pikir panjang lagi kalau mahu menginap dalam jangka masa panjang Mega view hotel adalah pilihan yang tepat untuk kita sebab dengan pelbagai kemudahan serta kualiti perkhidmatan yang sangat hebat dan kita akan rasa seperti di rumah sendiri dan sangat menenangkan jiwa.





                Selain itu, Hotel Sentral Kuantan yang juga terletak di Bandar Kuantan turut mempunyai lokasi yang sangat strategic dan juga berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah Airport (KUA), sejauh 13.64km sahaja.  Antara daya tarikan untuk pelancong yang berdekatan seperti Teluk Cempedak Beach dalam 4.97km dan Sultan Ahmad Shah Airport (KUA) dalam 13.64km dari hotel Sentral Kuantan. Receptionist ataupun meja depan menyediakan perkhidmatan 24 jam kepada para pelanggannya. Kalau kita ada sebarang masalah boleh terus pergi ke situ sepanjang dari kita daftar masuk hingga daftar keluar.
Jika inginkan sesuatu atau kita tanya sesuatu jangan ragu-ragu untuk bertanda kepada receptionist sebab mereka memang bersiap sedia  untuk memenuhi permintaan kita okey.  Kita juga boleh menikmati makanan kegemaran dengan makanan istimewa dari Hotel Sentral Kuantan eksklusif untuk kita. Zaman sekarang siapa yang boleh hidup tanpa wifi kan? Jangan risau sebab Hotel Sentral Kuantan dah sediakan free wifi untuk kita supaya senang kita nak update segala laman social kita. Justeru itu Hotel Sentral Kuantan merupakan yang terbaik dan menjanjikan memberi kita keselesaan yang utama serta perkhidmatan yang tiptop untuk para pelanggannya.



               

                Seterusnya adalah The Zenith Hotel yang juga terletak di Bandar Kuantan turut mempunyai lokasi yang sangat strategik dan berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah Airport (KUA) sejauh 13.86km sahaja. Tak panas punggung lagi duduk dalam teksi ataupun kereta dah sampai. Terdapat banyak tarikan pelancongan yang berdekatan, contohnya Teluk Cempedak Beach dalam 5.23 km, dan Sultan Ahmad Shah Airport (KUA) dalam 13.86 km. Kalau kita nak buat aktiviti bersama keluarga ataupun rakan-rakan secara besar-besaran jangan risau The Zenith Hotel dah menyediakan bilik majlis yang cukup besar dan serba lengkap untuk memenuhi keperluan kita untuk buat majlis khas sesama kita.
The Zenith Hotel ialah pilihan yang terbaik jika kita mahukan layanan mewah untuk percutian kita. Kita boleh gunakan sebaiknya perkhidmatan yang tiptop mereka  sediakan untuk kita dan akan menjadikan percutian kita adalah yang terbaik dengan menginap di The Zenith Hotel. Nikmati segala layanan mewah pengalaman yang tiada tandingannya dangan mengunap di The Zenith Hotel pasti tidak akan rasa menyesal.





                Terakhir sekali adalah Swiss-Garden Beach Resort Kuantan merupakan sebuah resort yang mempunyai persekitaran yang sangat baik dan terletak di Beserah. Kedudukan yang sangat strategik, Swiss-Garden Beach Resort Kuantan juga adalah salah satu hotel yang hampir dengan Sultan Ahmad Shah Airport (KUA) dalam 22.99 km dan Cherating Turtle Sanctuary dalam 26.36 km. Kalau pasangan yang baru sahaja berkahwin ataupun memang cari tempat-tempat yang sesuai untuk berbulan madu dan mahukan percutian yang romantic korang boleh datang sini. Menikmati saat-saat indah bersama orang tersayang dengan suasana malam yang romantis . Bagi yang menginap di Swiss-Garden Beach Resort Kuantan boleh menikmati rawatan spa yang merupakan satu ciri utama resort.
Perjalanan jauh dan selepas penat bekerja, kita boleh memanjakan diri dengan rawatan santai yang akan menyegarkan kita. Dari acara perniagaan ke majlis korporat, Swiss-Garden Beach Resort Kuantan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan lengkap yang kita dan rakan sekerja perlukan. Bergembiralah kita dengan pelbagai kemudahan hiburan yang telah disediakan untuk kita dan seisi keluarga di Swiss-Garden Beach resort Kuantan, sebuah penginapan yang menarik unruk percutian keluarga kita.
Justeru itu, resort ini merupakan tempat yang terbaik bagi kita yang mengimpikan percutian yang tenang dan nyaman serta jauh daripada orang ramai. Bersiaplah untuk mendapatkan pengalaman penginapan yang tidak mampu dilupakan dengan adanya perkhidmatan eksklusif yang sangat lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk memenuhi semua keperluan anda. Pusat kecergasan resort ini adalah yang wajib dicuba semasa penginapan di sini. Nikmati hari yang menyeronokkan dan santai di kolam, sama ada mahukan mengembara secara sendirian atau bersama orang yang tersayang.






So, ,  cepat-cepat laa get latest kuantan hotelpromotion online. Nikmatii percutian hebat  dengan menggunakan perkhidmatan traveloka yang tengah menawarkan tawaran terbaik untuk kita bercuti dengan hanya dihujung jari sahaja untuk memastikan percutian kita sempurna.  https://www.traveloka.com/


Thursday, July 13, 2017

Review Aiken Tea Tree Oil
Kali ini nak share sedikit review untuk product Aiken Tea Tree Oil. Kalau mintak tips or cara untuk rawat jerawat dekat wajah mostly akan recomanded this product. Tak percaya korang pergi twitter kecantikan or apa sahaja or kulit wajah mesti akan nampak this product.

    Macam mana rupa dia? ini kat bawah ini tapi kadang kita taktahu sebab i sendiri baru-baru ini jumpa kalau tidak jenuhlah juga cari tapi tak jumpa-jumpa memang dah lama sangat nak try this product okey ke tidak kan.


             And dia bau ubatlah sikit time pakai tu tapi best seriously tak tipu. Biasalahkan nak bende baik tak semua wangi tapi tak ada lah busuk sangat pon kejap je baru dia . Harga dia sangatlah bepatutan tau murah sangat dan korang boleh dapatkan dekat guardian kalau watson macam tak ada jumpa pula selama ni.
             Korang boleh rembat dia satu set tau yang pencuci ini dalam rm8 macam tu je okey tak adalah mahal. Barang lain dia macam toner dalam rm5 or rm6 macam tu murah kan?! Kalau jenama lain for sure rm10 ke atas mostly lah bukan nak kondem mana-mana jenama.

Hari tu sempat rembat dua benda ini total dalam rm14.10 tak silap seriously murah sangat. Dia sangat bagus untuk kulit yang berjerawatlah senang cakap. Kalau i ni memang lah tak penuh jerawat buat selalu tumbuh sebesar- besar alam seriously tak tipu dan dia suka tumbuh berjemaah bila satu turun satu atau dua akan naik tapi sangat dekat dengan jerawat tu sebelah je.

Orang kadang cakap tu laa asyik berangan je , kalau lain selalu cakap ahh tu jerawat batu ke apa. Stress okey dengar, dan my pimple suka menarik perhatian dia tumbuh best port dekat muka kat dahi.

Korang yang kulit wajah bermasalah jerawat cubalah try mana tahu okeykan, kita perlu cuba untuk tahu mana yang the best for our face and skin. Selagi nak stick dengan satu tapi wajah masih sama dan makin teruk baik tukar untuk selamatkan muka kita ye dokkk..




sekian sahaja dari sis zlyn :)

Monday, July 3, 2017

Raya 2K17
            Selamat menyambut hari raya aidilfitri gaiss.. Dah raya ke 9 baru kesempatan buka laptop fuhh .. mesti korang raya sakan kannn .. Tahun ni ramai juga dapat raya lama mostly semuanya sampai seminggu macam balas dendam raya kann..



            First raaya as usual ketupat ayam masak merah dan kuah lodeh wajib punya menu kalau takde ya Allah sedih sangat hidup tak lengkappppp macam bukan raya la kononnya.. overr tauuu . Hari last puasa dah start menganyam tapi my elderst sis la yang menganyam and my mom ketatkan dengan masukkan beras. Just ketupat takde lemang or others .. Tapi raya ke 2 or ke 3 tu my sis ada bawa balik lemang sebab belah suaminya bakar lemang . 
             Tapi tahun ni hanya yang bujang bujang sahaja beraya dengan mama after raya ke dua barulah yang lain balikkk .. baru penuh rumah riuh rendah.. Adatlah takpayah nak gaduh raya mana mana pon asalkan raya kannn.. #teamrayajohor #teamrayasingle
             Pagi raya tu seriously batupahat lenggang gila gila takde sesak langsung lagi lagi turun jambatan lagi la clear je jalan ni tak tipu punya... Bila dah petang sikit baru lahh jalan mula banyak kereta but tak jem lagi la .. second day ahh hadaplahh jem tuu beramai ramaiiiiiiiiiiiii ..
            Budak budak kecik pon dah tak de datang beraya weii hambar sangat maybe kalau duduk taman taman tu ada lah lagi walaupun tak banyak tapi nii memang takde langsung hanya family kaum kerabat je la yang datang walau apa pun selamat hari raya ! Raya kann sebulannn



feeling feeling vivy sikit hahahaha padahal jauh beza ..



Maaf zahir dan batin kepada semua yang tidak mengenali mahupun mengenali diri ni yang serba kekurangan yang baik semuanya datang dari Allah swt . Kalau nak cari kt ig : zl_yn dm for follow back okk nanti sis reply punya :)
             

Monday, June 19, 2017

Raya dah dekat
Kurang daripada seminggu je nak rayaaa nii ahh mesti semua dah start busy dengan persiapan raya kan mana nak cari baju cari kasut cari segalanya tak lupa juga kuih raya. Ada yang beli tunjuk dan ada juga yang beli barang dan buat sendiri . Depends on masa yang korang ada kan .. 
Korang semua mesti dah beli kann semua barang raya and ughhh kalau tengok harga baju raya Ya Allah mahal melonjak lonjak nak jumpa RM120 kebawah seriously susah sangat .

Tapi hari iniii  nak cerita yang sis dah buat kuih haha walaupun satu jenis . Mulanya dah merancang dan bahan semua dah beli untuk buat dua kuih tapi berjaya satu je. Puasa puasa huhhhh dengan kadang panas kadang hujan rasa malas mengencam jiwa oiiii..

Nak share sikit sis buat Cornflakes Coklatt .. okey selalunya arah je my sis buat hahah tapi memandangkan duduk rumah macam buang terbiat sikit soo buat la kuih .

Sangat mudah 3 bahan je iaitu 
-cornflakes, 
-coklat masak 
-butter

cairkan butter and coklat masak gunakan double boil andd jangan letak butter banyak weiii hahaha macam sis terletak banyak and payah nak letak dia dalam kondisi sepatutnya .  dan seperti biasa dah cair semuanya korang boleh masukkan cornflakes and gaul kasi rata semuanya okeyy..

After that just fill the cup ikut lah saiz mana nak . kalau nak besar boleh je tapi biasanya orang akan buat kecik je hahaha . Dah tu korang boleh la letak rice yang warna warni or coklat kt atas diaaaa kalau boleh sepantas kilat jangan dah kering nanti tak boleh letak pula.


and lucky berjaya dapat satu bekas besar cornflakes coklat .. okeylah tuu banyak banyak takut tak habis je .. sekarang kann orang jarang nak datang raya sangat dahh macam pupus je weii.. Nak juga tengok budak budak kecik datang kahkahkah maybe dah lapuk kott trend tu budak lebih suka bermain gadget sahaja . 

Lastlyy nak prepare untuk raya jangan sampai membazir tauuu and banyak lagii boleh gunakan untuk lain . bye






Monday, June 5, 2017

K FRY Urban Korean Batu Pahat
Tercari cari mana nak makanan korean yang halal kat Batu Pahat, memang susah nak jumpa mostly non-halal but finally ada juga satu nii KFry Urban Korean dekat bangunan old street and seriously ramai korang kena line up okey atau nak lebih senang boleh reserve dulu tempat korang nak datang pukul berapa but dont be late kalau lambat nanti reservation tu diberi kepada orang lain walkin  . Tak nak book dulu pon boleh je beratur je kat luar tu . Macam mana nak book? korang boleh sent message or PM at their facebook .  Bawah ni ada no korang boleh simpan .. Bukan di BATU PAHAT SAHAJA ADA tapi kat jb pon ada okeyy jangan risau
Menu dia pon banyak jugalah pilihan but if the menu sold out they will put at the line queue sold outtttt soo korang dah boleh patah hati dulu dan move on untuk memmikirkan makanan lain yang berkenan dihati dan perut anda . Ramadhan day 9 i try this food and service was very good and faster you guys you try and the food delicious..

I order Kimchi Fried Rice, Tteokbokki with cheese seafood and Honey wings. Seriously sedapp hingga macam nak order lagiii terbayang bayang lepas makan (ok over je minah ni), ada 4 perisa ayam dia korang boleh cuba kalau nak pedas pilih lah yang spicy tuu tapi kalau nak rasa lain takde masalah tauu , they will give plastic glove for eat the chicken . Kimchi Fried Rice they can make for you or you can do by your self . Water can choose juice or else (for Ramadhan they will ask weither we want the warm or cool water as  free dont worry just plain water). Cheese at tteokbokki you can mix by yourself or it will melt . 

Then after the main food finish we move on to the dessert timee.. and it will call as Mango Bingsoo korang takpayah nak belagak nak makan sorang share confirm penat nak habiskan tak tipu. At the top is ice cream and inside the manggo is like ABC punya ice tuu .. sangat halus masuk mulut memang smooth je tau. Dessert dia ada 3 jenis tak silap , antaranya ni yang makan ni manggo, ada watermalen dengan apa tah lagi satu not just one but this very popular HOT.


tak sabar nak terkammm sebab korang order baru buat tau freshh lagi tak bagi yang dah lama buat tuuuu dan manggo dia pon sedap manis masam sikit takde lah masam sangat tu but it suit with that ice and icecream at the top. Ambik masa jugalah nak menghabiskan makanan tu semua .. Tapi korang dah habis makan jangan nak duduk lepak lelama kat situ tauu orang lain dah beratur panjang nak take turn makan .. so if dah habis makan kena chaww cepat sikit and kalau nak sambut birthday pon bolehhh pekerja dia siap tolong nyanyi kan lagi lagu happy birthday and ada je yang sambut birthday kat situ .. so korang boleh la deal dengan pekerja dia untuk surpisseeeeee birthdayyy .
Here are some of their menuu ...



dont forget to try and you will never regret if taste it and the service and give 5 starrrrr ....

Follow by Email

@templatesyard