Whisper of zlyn

Friday, August 9, 2019

Zip Bap BBQ Restaurant ( Korean food Batu Pahat)
Sudah sekian lama tak update new location for foodhunting! Hari ni nak share satu tempat untuk penggemar makanan korea. Lagi lagi untuk siapa yang stay ataupun datang ke bandar Batu Pahat Johor. Kadang ada je korean food tapi tak halal la pula kan .

new spot for foodhunter! ZipBap BBQ Restaurant dekat Old Street Batu Pahat location lagi tepat level 1 atas KFRY Batu Pahat. Senang je just naik lift atau naik tangga memang terus depan kedai.
Macam mana rupa kedai? Sat sat ssabar

Memang tak ramai sebab ramai yang tak tahu lagi spot ini yee. Korang tak payah susah nak beratur panjang-panjang sebab banyak juga seat untuk customer. Perkerja memang mostly melayu masa sis pergi haritu so memang yakin halal! Apa tunggu lagi jom tengok-tengok menu yang ada. Sis rasa kedai ini famous dengan ayam so many choice for ayam!!!!









Ini sedikit gambar yang sis makan haritu, ada lagi gambar lain tapi dah bedal tak sempat bergambar haha. Service pon okey, not bad rasa juga sedap.


ini serious besar dan tak rugi kalau tengah lapar makan sebab besarrrrr woiii. Okey maaf terlebih over pulaa . So sesiapa area sekitar boleh cuba kedai baru buka ini. Ada staff dia diberi tugas suruh bagi flyers kt bawah are kfry tapi mostly diaorang malu nak bagi hahaha and kitaorang kena naik la survey sendiri. Kalau dalam lift pon ada list nama kedai jangan risau lupa level berapa.

Lepas makan korang boleh naik tingkat atas feeling2 sikit ambik gambar tapi kalau malam lagi nice view. Selamat mencuba☺☺
Eh eh janganlupa guna #zlynfoodlover ok

Monday, July 8, 2019

Resepi Murtabak Maggi
                Kembali dengan update pasal makanan je la, nak update pasal bercuti tak pergi-pergi bercutinya even dah start cuti sem. *Pity mood* Kali ini nak share Resepi Murtabak Maggi yang sangat-sangat mudah lagi-lagi kalau siapa yang teringin murtabak dan pada masa yang sama nak makan maggi juga! Dilema kan, dah takyah rungsing gemok kalau nak makan both, apakata gabungkan je kan mudah.

                Tertiba je terfikir nak makan petang tadi disebabkan cuaca pula mendung hujan, kita yang dalam umah pula lapar. Check bahan semua ada ke tak and zapp terus je buat. *boleh makan untuk 2-4orang

Bahan-bahan yang diperlukan :
-Telur 4biji nak 5biji pon boleh
-bawang (potong dadu boleh hiris pon boleh *ikut kesukaan anda*)
-lada sulah sikit
-2packed maggi
-minyak sapi (kalau takde pakai minyak biasa pun blh)
first korang potong hiris bawang merah jangan besar-besar sangat, pecahkan telur, letak serbuk perencah maggi , lada sulah 
-then korang boleh pukul kasi sebati
- Kalau nak lagi sedap dan tak muak sangat tambah hirisan ayam macam bawah ni sis rendam dalam air panas bagi masak sikit.

-Dalam sibuk sebatikan aduanan tadi, jangan lupa pergi rebus maggi tadi jangan sampai kembang ye anak-anak nanti tak sedap.
-Lepas dah rebus tu tos kan airnya kejap dan korang boleh tuang dalam adunan telur tu semua.
-Apa tunggu lagi gaul bagi maggi tu semua direndam dan sekata.



             Last step korang hanya perlu on kan api dan letakkan sedikit minyak sapi atau pun minyak apa-apa yang korang nak guna asalkan selamat untuk masakan jangan pula guna minyak panas yee. Bila kuali dah panas korang tuang semua dalam periuk tapi kalau nak buat size kecik bahagikanlah dua ye aduanan tadi. Api jangan terlampau besar, sederhana supaya fully masak takmau la luar je yang garing hangit tapi dalam tak masakkan. Chill jap pergi basuh pinggan pastu terus terbalikkan dia dengan penuh hati-hati ye, and jangan lupa letak minyak sikit tepi tepi and masa nak terbalikkan tu letak sikit minyak kt tengah supaya nanti tak hangit tengah sebab takde minyak. Disarankan guna non stick punya kuali ye.


Tada dah siap atas sebelah kiri dah siap letak atas pinggan untuk hidang tapi yang kanan ni dalam kuali. Maafkan saya selekeh sikit tak berapa nak cun bentuknya hahaha. Masa tuang tu korang kena set bebetul maggi jangan macam ni terkeluar sikit tak cun dah.  Lepas dah hidang korang boleh potong dan makan, tapi siapa suka makan dengan sos pon boleh.

-Sesiapa nak add on cheese masa masak tu pon boleh sebelum pusing tu, tapi takut nanti muak pula kalau yang tak minat cheese, so macam ini je pon dah okey.

 Rupa apabila dipotong dan sedia untuk dimakan. Tadaa dah siap, mudah je bahan pon tak susah nak dapat janji ada maggi dan telur.

 Sekian sahaja resepi yang tidak seberapa ini, Mana tau yang duduk rumah sorang tertiba nak kena masakkan korang boleh try resepi ini mudah dan siapa tak reti masak and ini first time nak masak boleh cuba.

Sunday, March 10, 2019

Resepi mudah Puding Roti Kastard
Bila agak-agak tekak tu teringin nak makan untuk minum petang ataupun untuk makan malam sebagai pencuci mulut tapi malas la nak buat yang leceh-lecehkan. Lagi lagi bagi sis yang tak berapa nak rajin masuk dapur ini. Ting idea nak makan roti puding terus pergi beli alang-alang dah kat luar masa tu.


Bahan-Bahan yang diperlukan

A- Roti 8-10 keping (jenama suka hati korang ye)
   - Kismis
   - coklat cip ( bergantung pada masing-masing)




B ( untuk rendam roti / tuang pada roti)
    - 3 cawan susu segar / sekotak susu segar saiz kecil
    - 4 sudu gula
    - 2 biji telur
    - 2 sudu mentega


1) koyakkan roti-roti tadi dan letak dalam loyang.
2) Sambil tu boleh terus panaskan periuk dan masukkan semua bahan-bahan B (guna api kecik) kacau sampai sebati tetapi tak payah sampai mendidih dan jangan sampai telur masak pula panasnya tu.
3) Lepas dah siap step 2, terus tuang bahan B tadi kat atas bahan A dan letak coklat chip and kismis.
   (macam sis letak sikit2 dekat dalam roti tuu takdela kat atas je)

 4) panaskan oven terlebih dahulu supaya haba sekata keseluruh ruang oven itu.
 5 ) Masukkan aduan bahan a and b yang dah siap tadi ke dalam oven dengan guna suhu 200 celcius selama 45minit.

sementara tunggu siap masak dah boleh buat kuah kastardnya dan nanti boleh simpan sejuk2 gitu.

Bahan C ( kuah kastard)
- 1 tin susu cair
- 2 sudu tepung kastad ( tapi sis guna lebih sikit sebab suka pekat dalam 3 1/2 sudu)
- 4 sudu gula ( kalau rasa manis sgt blh kurangkan or tambah ikut korang punya suka)
- 3/4 cawan air

lepas tu korang boleh terus masukkan semua ini dan kacau supaya sebati sehingga pekat . Kalau dah mendidih boleh tutup. kalau suka kuah sejuk2 boleh simpan peti ais nanti makan pon macam nyumm je kuah sejuk dia. ikut masing-masing ye.
Selamat mencuba :)

Monday, January 21, 2019

Closing 2018
         Rasa macam janggal pula nak update pasal penutup 2018 sebab dah halfway bulan januari 2019 *menangis dibucu katil sebab busy* . Masa sebelum start final exam sempat lah merayap pergi KL kejap dan sempat jugalah pergi LAMPU (Light And Motion Putrajaya) pergi hari perasmian dia . okey not bad macam macam dipertunjukkan mengunakan lampu .


        Teknologi pon power di pancarkan lampu tersebut pada bangunan kehakiman negara di putrajaya. Start after magrib i sampai dah ramai yang berpusu-pusu . Last tak tahu lah pukul berapa sebab masa balik pukul 11 pon masih ramai lagi yang baru datang. Tepat pukul 12 tengah malam ada letupan bunga api yang dilepaskan.
        Kalau lepas ini ada lagi LAMPU korang patut bawa kipas ye sebab boleh tahan jugalah panas dia tu . Banyak lagi lampu lampu yang cantik tapi i tak sempat nak berjalan ke semua lampu dan bergambar dengannya.

Bawah ini selitkan sedikit sis bergambar dengan lampu dan hasil karya lampu. 
sumpah pergi memang macam woww lawanya. Tips dia korang kena bawa yang pandai ambik gambar .














Lastly gambar dengan family yang pergi sama sama berlengas panas dan bergambar. Demi kualiti gambar yang baik kami pasang lighting sendiri hahaha. Dan orang tengok yee kami buat macam ni hahah lelaju ambik gambar 😅

Sekian saja closing untuk 2018. Permulaan 2019 diserikan dengan final untuk sem 2 yang agak sedih . Harap masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru semoga tahun ini lebih bermakna dan mencapai azam yang telah disasarkan untuk capai tahun ini .

Friday, October 26, 2018

Review Eat & Repeat Melaka
Halooo gais... agak bersarang dah blog lama tak update sebab busy dan berpisah jauh dengan laptop. But now nak update pasal Kedai Makan Eat & Repeat maybe ramai yang dah tahu.
First of all this now paid review okey. originally review punya sis payung

Last weekend, tak balik so macam orang gila kejap duduk rumah sewa (otak tepu)
Apalagi terus start kereta pergi Melaka Bandar bersejarah.
 Jalan dengan perut yang lapar dengan pantas terlintas kedai Eat & Repeat sebab selalu tengok member yang study UiTM Bandarayamelaka inii pergi makan.

Panasss je hati sis!
Terus pergi, location dia depan aeon Melaka ye anak-anak senang je.
Then korang terus boleh order sesampainya anda.

 Service pun okey dan harga dia hanya rm1.90 saja ye satu mangkuk memang sangat berbaloi dan sesangat la sedap. Kitaorang ingat akan sikit rupanya banyak jugalah dalam satu mangkuk tu.

Ayam tu actually kalau order 1 memang dapat satu ye dalam mangkuk tapi sis order 4 tu dapat 4 dalam satu mangkuk. Jangan ingat 4ketul satu mangkuk pula haha.

Menu dia tak banyak sangat pun desert pun ada. Air putih free layan diri sendiri jangan malas sangat nak pergi ambik yeeeeeee.
Tapi korang patut cuba nasi ayam rendang dia memang umppphhh gila.
Tak rugi beli dan rasa . 


yang kurang sis rasa adalah persekitaran dan suasana dalam kedai tu la kot.
Kipas dia macam tak rasa je masa hari tu pergi dah la melaka terkenal dengan kepanasan dunianya.
Hopefuly they can add more fans or change use aircond. (cehh mengada)

Overall sis boleh bagi 7.8/10

Friday, July 27, 2018

Mission Impossible Fallout
hello semua, kali ini nak review sikitlah pasal movie terbaru dan terhangat dipasaran pada minggu ini. This time layan cerita aksi yang sangat superlah . Paling peting korang tidak akan menyesal langsung untuk spend duit tengok cerita Mission Impossible Fallout. Dengan pelakon utamanya TOM CRUISE OMG.
Pada siapa yang tak tengok pun before this, still boleh paham dont worry okey just chill pergi beli tiket cepat jangan nak lambat-lambat. Cerita ini actually 26 July dah keluar and i watch it on that day sebab tak ramai orang kerja lagi kan. hahha dapat seat pun best cun je tengok tanpa gangguan dan tiada yang bawa anak merengek ke apa dalam tu.

Barisan artis pun de boom juga 
   


Cerita ini memang tak disangkalah dan sis lagi excited bila toward the end sebab memang wow sangat rasa macam nak tolong je enthan ini. Kesian tau workhard untuk selamatkan semua orang.
Paling tak disangka jumpa wife dia masa nak cari boom kat kamshir. 
(oppss terbocor sikit jalan cerita)

But seriously memang korang akan geram bila tahu siapa yang jahat sebenarnya. Tambah pula, orang atasan ethan yang baik tu mati masa nak tolong. so sad. 
Tapi takde lah sampai nak nangis teriak pula. dont worry takde lah sampai menitiskan air mata kecuali korang ni hati tisue sangatlah.


awwww tom cruise is my fav forever sepanjang dalam cerita ini. 😁😂

overall i love this movie and i give 9.5/10
sebab suka sangat time scene dia langgar lori masuk dalam air dengan yang naik helicopter tu.
like wowww 

Sesiapa yang tak tengok lagi boleh cepat-cepat book atau yang student go direct to wayang and show your student card to get cheap.
Selamat menonton okey yang dah tengok share sikit korang suka ke tak this movie in comment okey

Thursday, July 19, 2018

Hotel Transylvania 3 vs Incredibles 2
hello semua, nak share sedikit review movie cartoon yang terbaru dekat pawagam yang mesti semua tahu sebab cerita ini famous dan ramai menantikannya iaitu Hotel Transylvania 3 dengan Incredibles 2. Both cerita ini sangat-sangatlah cute.

Incredibles 2

Okey nak start share pasal incredibles 2 dulu sebab cerita tu yang keluar dulu dekat wayangkan. Pada sesiapa yang tak sempat tengok boleh pergi dalam masa yang terdekat ini takut nanti dah takde dekat wayang menyesal pula. Cerita pasal superhero pada yang tak tahu ini pasal apa jangan ternganga pula.
Seriously movie ini sangat cute sebab all the family members ada power yang tersendiri dan digunakan untuk menyelamatkan masyarakat setempat. Kali ini ada watak jahat dan mengambil kesempatan .. ala macam nak cerita semua je jalan cerita ini tau tapi nanti kena maki pula sebab spoil bocorkan. okey baik sis diam tak cerita lebih-lebih. 

Mula movie ini kat wayang dia pasang kartoon pau dan ia membuatkan sis confuse pada mulanya sebab macam aku salah masuk hall ke apa ini. Bukan cerita dia lain ke. Termanggu sendiri jugalah.

Lama sikit habis pau tu barulah mula. Seriously memang sangat cute and banyak moral yang boleh dipelajari dari movie ini. Antaranya saling membantu sama lain dan tetap berusaha untuk selamatkan keluarga yang memerlukan bantuan. But for me this movie agak slow sikit jalan cerita dialah. Rating i bagi this movie 8.3/10 . I still love the baby sebab ada power 

(aipp sempat lagi sis posing sebelum masuk hall)


Hotel Transylvania 3

Ini movie kartun yang ke dua dalam minggu ini sis pergi tengok ye. Sis sangat menantikan cerita ini selepas yang kedua agak lama jugalah. Darcula yang kahwin dengan manusia. But this time they going to vacation. 

  Seriously sangatlah lawa and wowww sangat tahu tempat diaorang pergi vacation tu. Agak lawak dan korang sure akan enjoy this movie. The part dia berlawan dengan musuh lamanya di laut ye. Darcula yang jatuh cinta untuk kali kedua like woww the code is zing . So cute.

   Sis sangat suka muzik dia yang masa DJ mainkan macam dekat club haha siapa tahu mana nak cari that song please comment. But for me macam pendek pula cerita ini sebab macam kejap sangat. Around 2 hour or less sahaja. Rating i boleh bagi cerita ini 9/10 la. 




Pada yang belum tengok pergi cepat-cepat jangan terlepas. I nak tengok uprising something like that tapi dekat wayang yang i pergi tu takde pula. Macam frustlah juga sebab gigih nak tengok dua movie sekali tapi takpelah. Lastly enjoy your movie

@templatesyard