Whisper of zlyn

Friday, July 13, 2018

Maybank transfer ASNB / ASB
Haloo semua, okey hari ini nak bagi tips menabung pula la.. *acah je* haha tak lah sebenarnya nak share easy way to transfer terus duit ke dalam asb/ asnb dari Maybank. So lebih mudah dan korang tak perlu nak pergi ke asb ataupun pejabat pos.

Save your time babe tak perlu habiskan masa lagi dengan hanya menunggu dan membuang masa anda yang sangat berharga itu. Belum lagi yang pihak tertentu buat kerja lambat memang makin berkurunlah kita menangukk tunggu sambil kira biri-biri.

Pada sesiapa yang memang susah nak saving boleh dan amat digalakkan buka this account (asb) sebab kalau korang nak keluarkan memang fikir beribu kali okey. Asb juga ada yang buat financing tapi i tak nak masuk campur part tu sebab i memang tak tahu. hahaha boleh pergi rujuk bahagian sepatutnya kalau part itu.

Mesti ramaikan dah ada maybank online or cimb click pon boleh je sebenarnya. But i lebih prefer maybank lah.  Let me show you guys how to transfer. Ini untuk yang tak tahu lagi lahh ye anak-anak semua jangan nak kecam i pula kalau yang dah tahu tuu.

first step korang boleh log in maybank2u korang macam biasalah takkan itu pun nak ajarkan sebab mesti korang dah pro part tu.  Ini kalau korang guna maybank2u yang baru punya image ye.

1.Click PAY & TRANSFER kat hujung atas belah kanan tu
2. then keluar terus click transfer sebelah pay tu
3. Click anak panah kebawah to look more dekat transfer to
4. just pilih lah linked asnb tu kalau belum daftar kt maybank2u korang lagi just click button " +" link new ASNB tu ye. macam gambar bawah ni

  Nanti dah click untuk isi lagi maklumat untuk daftar korang punya asnb. please guna nombor yang baru ye bukan yang lama punya nanti problem pula tak boleh detect. Please isi betul2 jangan nanti tertansfer kepada orang lain pula dah case lain.  In addition korang boleh transfer berapa banyak pun korang nak.
itu sahaja stepnya mudahkan .  After this dah boleh transfer je kalau ada duit lebih senang je.

Buat yang nak juga guna maybank2u lama janganlah marah sis tunjuk juga ini stepnya okey. Supaya semua lebih mudah dan masa depan lebih terjamin dengan adanya simpanan.

step first memang korang kena log in lah apa lagi kan.
1. click dekat investment punya button warna kuning tuuu
2. Nampak tak ASNB unit trust tu? okey boleh tekan sekarang !


3. Dah tekan tu keluar rupa macam yang bawah ini. 
(bawah ini sis dah add )
4.  Boleh click add kt tepi bawah tu (Kalau yang belum and baru first time nak add tu .)
5.isi maklumat selengkapnya ic dengan apa tu semua. 

PERTANYAAN :
KALAU NAK ISI ASNB ANAK / MAK / SUAMI ISTERI pun boleh lagi mudah.
add je kat situ boleh banyak mana pun.


*last korang kena tengok status tu active ye selagi belum aktif korang relax dulu jangan gopoh gapah mengelabah kenapa tak boleh transfer . duit tak cukup ke apa ehh.. chill dulu tunggu status tu hijau and active!

So you guys dah boleh menabung dengan pantasnya kasi kaya. Janganlah asyik tambah then gatal hujung bulan keluarkan pula ehh. :) BYE semoga manfaat

Saturday, July 7, 2018

TurnUpTheGlow with ST.Ives scrub
    I think i didnt buy anything during Eid Mubarak but suddenly my mum told that i received a parcel. Mama siapa tanya lagi ada beli apa ni? I yang kat segamat lagi terfikir-fikir sambil merenung apa yang aku beli lagi? setahu ada dua barang je tapi satu cancel dan lagi satu dah dapat before raya hari tu. Nak tunggu balik macam tak sabar pula nak tahu. Yela sebab apa yang sampai sedangkan tak ada shopping online pun.
    When i arrived home, ofcouse i will go to my parcel, guess what when i open it, i got present from @stivesmalaysia @stivesskin . Im so happy like crazy sebab tak pernah dapat pun but this time so lucky. Let try pink lemon and mandarin orange scrub with 100% of natural exfoliants, extracts and moisturizers.
    Polish away skin's little imperfections. Infused with pink lemon and mandarin peel extracts, this citrusy scrub smoothes away dark spots and event out skin tone for positively Glowing Skin. I hope after using this my skin better and glowing. 
    I will update more on my instagram for next stage probability which to win ticket to California for two person😍. Wish me goodluck to win this chance! Thank you so much st.ives


#Turnuptheglow #nuffnang #stivessrub#stivesmalaysia #stivesmycaliforniaholiday#stivesmy #blogger

Friday, June 22, 2018

Review Simple Hydrating Light Moisturiser
First of all, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI gaiss... Dah lama tak update blog sebab busy. Sesiapa nak bagi duit raya boleh pm okey sedia untuk bagi no acc ni.

Before raya muka memang blackout terukk punya lah sampai sekarang tambah pula bulan puasa yang panas bak hang.. lagi lah kulit muka kering. Seriously macam nak nangis lagi berapa hari je nak raya time tu muka nak kering mengelupas bagai. Memang boleh nampak dia punya jenis mengelupas bukan sikit-sikit. Time tu pula watson dengan guardian berlumba-lumba buat sale kaw kaw punya sebab nak habiskan duit kita yang sedia dah kering ni.

Search and search lah apa yang boleh pulihkan kulit kering ini. I found this product. Before this memang dah ada juga usha usha jenama SIMPLE ini tapi harga dia boleh tahan yela kita ni hanya student bukan mampu sangat. Kena sedar diri bak orang kata "Ukur baju Dibadan Sendiri" jangan nak over kalau tak mampu.


Sangat-sangat smooth wei serious.. ini bukan paid review okey. Sendiri pakai punya and i love it. Selama ini ada pakai jenama cosmoderm but macam makin naik jerawat so i cari alternative yang lain. Serious memang pakai sikit je dah cukup untuk satu muka tau. Tak payah nak tepek banyak-banyak dan boleh lah pakai sunscreen pula lepas tu. Pasal sun screen nanti i post another update pasal tu.

Selama ini rasa moisturiser ini tak penting pun tapi sekarang memang penting. Simple Hydrating Light Moisturiser ini memang berbaloi dengan harga dia okey . Kalau ada sale pergilah cepat-cepat grab. Hari tu time sale tak sempat nak grab nangis tepi bucu.. Susah gila nak mencari benda ini. Sampai ke tesco baru dapat tu pun lepas berapa hari habis sale. hmmm

so sekarang muka iolls dah okey tak kering tapi still kena pakai lah as a routine babeh..  Nak selit post gambar raya lah jangan meluat pula. Masih tak terlambat kan nak wish selamat hari raya maaf zahir dan batin. Seperti di atas sesiapa nak bagi duit raya boleh dm kt ig or email okey :)
 Ye this ye my family ada tema pula.. tema kuning so terpaksalah pakai kuning menyala akibat tak pergi beli tudung raya dan lupa baju warna apa. hmm bedal je la tudung warna tu apalagi



Friday, May 11, 2018

Detik Bersejarah #pru14

Sedaya upaya tidak sentuh pasal politik, pada 9 mei 2018 adalah hari bersejarah buat Malaysia. Pilihanraya buat kali ke ini adalah yang paling sengit sekali, rata-rata rakyat Malaysia stay depan tv sampai keluar keputusan official. Mengikut statistik, peratus rakyat pengundi juga meningkat dari sebelum ini walaupun dibuat pada hari Rabu.

Sehingga hari ini, masih hangat lagi dan dibincangkan oleh rakyat malaysia. Suara rakyat disalurkan dengan cara yang betul, syabas untuk semua yang mengundi. Ada juga yang beratur sampai berjam- jam menunggu giliran untuk mengundi dengan penuh rasa bersabar. Walaupun uzur juga turut serta tidak mahu terlepas daripada menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Pihak SPR juga telah menjalankan kerja dengan sebaik mungkin dan penat lelah untuk buat kerja yang telah diberi tanggungjawab. Warga emas dan ibu mengandung serta yang membawa anak kecil diberi saluran khas supaya lebih mudah dan cepat tidak perlu menunggu lama.

Apa yang menakjubkan PRU kali ini adalah,  Perdana Menteri yang ke 7 ini merupakan perdana menteri yang ke 4 iaitu Tun Dr.Mahathir (1981-2003). Tun Dr. Mahathir parti pakatan harapan menumpaskan Barisan Nasional dengan jumlah yang agak besar.

Beberapa buah negeri yang sebelum ini bawah Barisan Nasional juga bukan lagi menjadi lubuk BN untuk pru kali ini. Apa yang terjadi pun, kita sebagai rakyat Malaysia inginkan yang terbaik dan suara rakyat didengari.


Pada 10 mei 2018, Tun Dr. Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 7 di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Balai Rong Seri, Istana Negara, di sini, jam 9.56 malam tadi. Ia merupakan buat kali kedua selepas memegang jawatan yang sama pada 16 Julai 1981 untuk tempoh 22 tahun..

Sebagai rakyat Malaysia kita doakan kesihatan yang baik untuk Tun Dr. Mahathir supaya dapat mentadbir negara dengan sebaik mungkin dan memperbaiki mana yang kurang. #SuaraRakyatDidengari

Yang belum cukup umur, after this kalau dah cukup jangan lupa daftar ye jalankan tanggungjawab kita pada negara sendiri. Pilihanraya yang dijalankan 5tahun sekali ini harus digunakan sebaik mungkin . Lets start new era dengan pemerintahan yang baru. 😃

@templatesyard