Tips Merawat Masalah Jerawat ! - Whisper of zlyn

Saturday, February 18, 2017

Tips Merawat Masalah Jerawat !

Hello and Assalamualaikum , today i would like to share some tips with you guys. Siapa saja yang tidak ada jerawat. Lagilagi hari yang penting bagi kita timetime tu lah nak munculkan diri dia kat muka .. Ramai je stress kalau jerawat ( pimple / acne ) !

PUNCA-PUNCA JERAWAT TUMBUH

1. Masalah hormon

Bagi seorang remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Disebabkan tulah kalau kita tengok hari ini lebih ramai dari kalangan remaja perempuan dan awal dewasa yang mengalami masalah jerawat berbanding wanita dewasa. Walaubagaimanapun, kebiasaannya, liang sebaceous yang hasilkan sebum ni akan semakin berkurangan apabila meningkat dewasa.


2. Stress

Percaya atau tidak, lagi anda stress, lagi banyaklah jerawat yang akan keluar. Berterusan dalam stress hanya akan memburukkan lagi simptom jerawat anda. Walaubagaimanapun, dengan rawatan yang betul, jerawat masih boleh dicegah. Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. Hal ini kerana adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress dan menjadi punca lebih banyak jerawat yang keluar.

3. Pengambilan makanan

Isu pemakanan jadi punca jerawat sebenarnya masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Tapi memandangkan diet pemakanan kita mempunyai kesan langsung terhadap insulin dalam badan kita, maka ia juga boleh mempengaruhi hormon-hormon lain dalam tubuh termasuklah hormon androgen tadi. So, secara tak langsung, adalah juga kaitannya pemakanan kita tadi sebagai penyebab pertumbuhan jerawat. Seeloknya elakkan makanan yang berminyak dan pedas. Makanan pedas jika selalu diambil boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat.


4. Masalah Jangkitan Bakteria

Terdapat bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes. Ini adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Oleh itu, berhati-hati semasa menyentuh jerawat kerana ia boleh memindahkan  bakteria ini ke bahagian yang lain pula.

5. Penggunaan kosmetik dan alat solek

Jika anda selalu menggunakan alat solek dan kosmetik pada wajah, tetapi tidak membersihkannya dengan baik, maka ini boleh menjadi penyebab tumbuhnya jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan semulajadi untuk kulit lebih sihat. Memilih alat solek yang mengandungi bahan terlarang dan merbahaya hanya akan memburukkan lagi keadaan anda.

6. Pancaran cahaya matahari

Sebenarnya cahaya matahari bukanlah penyebab utama masalah jerawat. Walaubagaimanapun, haba yang dihasilkan oleh cahaya matahari kepada anda boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyebabkan liang roma anda juga tersumbat.

7. Pakaian

Haa..jangan tak tau..pakaian anda juga boleh jadi punca anda ditumbuhi jerawat terutamanya pada bahagian belakang badan. Belakang badan kita juga mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum dan minyak. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai dengan iklim tropika di Malaysia ni. Pakaian yang sesuai ialah yang memudahkan pengudaraan pada kulit anda dan bersih. Bukanlah bermaksud anda perlu mendedahkan aurat yer..Menurut satu kajian, memakai pakaian tertutup yang tidak mendedahkan kulit anda secara langsung semasa keluar boleh mengelakkan masalah seperti kanser kulit dan jangkitan bakteria akibat pencemaran. Itulah salah satu hikmahnya orang Islam disuruh menutup aurat..selain menjaga maruah dan keaiban diri(Mendedahkan parut dan sebagainya yang tidak elok dilihat). Orang yang malas mandi juga lebih berisiko mendapat jerawat pada bahagian badan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Korang boleh try la ubat dari farmasi atau pun secara tradisional sebab aku beli direct kat farmasi . Selepas fedup mencuba pelbagai cara untuk kecikkan jerawat mahupun menghalau acne from my face.  Jerawat ini banyak tahap dia ada yang biasa je sikit-sikit , ada juga yang teruk penuh satu muka . Aku mengalami sederhana je kot tapi still kronik la bagi aku haha sebabnya jerawat akan tumbuh at the same spot and if one go down another will grow up :'( .
Kadang-Kadang satu jerawat boleh ada dua tiga jerawat dan nak tunggu pecah memang ambik masa yang sangat lama . Aku guna kan Benzac AC 2.5%  itupun disarankan oleh farmasi lah selepas dia tengok jerawat kat muka aku tapi aku rasa macam tersalah timing pula pergi masa jerawat aku tak membiak dengan aktif pula hahaha .. ada dua jenis macam kt bawah ni .. satu yang 2.5% dan 5%. Rasanya 5% ini lagi kuat dan lebih berkesan berbanding 2.5% . 

If tak berkesan kauorang boleh try pergi balik ke farmasi tu untuk rujuk balik . So far okey tapi sebab 2.5% ni macam kurang dengan aku sebab akak aku pakai letak kat jerawat dia elok je esoknya dah pecah tapi aku ambik masa lama wei .. tapi dia surut sikit demi sedikit bila letak twice a day.
Harga dia okey lah dengan around Rm20 ++ macam tu lah . sebab boleh guna lama okey takkan habis dalam seminggu dua . korang boleh cari sendiri lah how to use it or farmasi akan inform how to wear it . but make sure you clean your face first dont just simply put.


Aku ada gayakan botol hahaha .. tapi maaflah terbalik pula pegang ubat jerawat malunya omg ! korang nak mudah just apply je kat jerawat takperlu bersusah payah nak bertumbuh berpeluh ketiak semata nak cantik , sekarang dah modern macam macam cara korang boleh pilih.


Ramai je sarankan guna oxy but depends la on your skin mana yang lebih mudah dan berkesan but jangan lah ambik remeh juga atas masalah ini maybe will effect your skin forever tak ke menangis tak berlagu nanti ahhh .. jenis yang okey dengan oxy boleh lah try tapi jerawat degil aku memang takberkesan dengan oxy maaf bukan nak merendah or apaapa kan . :)



No comments:

@templatesyard