Hai gais bagi sesiapa yang nak bercuti dalam masa
jangka panjang atau pendek ini ke Kuantan Pahang korang perlu cuba untuk stay di Mega View Hotel dan wajib masuk dalam
list hotel korang tau. Hotel ini terletak di Bandar Kuantan dan lokasinya
sangat-sangat sesuai sebab berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Ahmad
Shah Airport(KUA) sejauh 13.74km sahaja okey. Senang sangat kalau datang naik
kapal terbang terus naik teksi dan sekejap je dah sampai tak payah duduk lelama
dalam kereta pula kan. Selain itu, Terdapat banyak tarikan pelancongan yang
berdekatan, contohnya Teluk Cempedak Beach dalam 4.87 km, dan Sultan Ahmad Shah
Airport (KUA) dalam 13.74 km.
Kita boleh menikmati reka bentuk dan seni bina Mega View Hotel
yang sangat lawa serta suasana yang unik Mega View Hotel juga turut menyediakan
beberapa perkhidmatan dan kemudahan lengkapan yang kita perlukan. Kita boleh
menikmati segala hiburan yang telah disediakan oleh pihak Mega View Hotel dan
ia akan menjadi sebuah penginapan yang menarik untuk percutian sekeluarga. Usah
pikir panjang lagi kalau mahu menginap dalam jangka masa panjang Mega view
hotel adalah pilihan yang tepat untuk kita sebab dengan pelbagai kemudahan
serta kualiti perkhidmatan yang sangat hebat dan kita akan rasa seperti di
rumah sendiri dan sangat menenangkan jiwa.
Selain itu, Hotel Sentral Kuantan yang juga terletak di Bandar Kuantan turut
mempunyai lokasi yang sangat strategic dan juga berhampiran dengan Lapangan
Terbang Sultan Ahmad Shah Airport (KUA), sejauh 13.64km sahaja. Antara daya tarikan untuk pelancong yang
berdekatan seperti Teluk Cempedak Beach dalam 4.97km dan Sultan Ahmad Shah
Airport (KUA) dalam 13.64km dari hotel Sentral Kuantan. Receptionist ataupun
meja depan menyediakan perkhidmatan 24 jam kepada para pelanggannya. Kalau kita
ada sebarang masalah boleh terus pergi ke situ sepanjang dari kita daftar masuk
hingga daftar keluar.
Jika inginkan sesuatu atau kita tanya sesuatu
jangan ragu-ragu untuk bertanda kepada receptionist sebab mereka memang bersiap
sedia untuk memenuhi permintaan kita
okey. Kita juga boleh menikmati makanan
kegemaran dengan makanan istimewa dari Hotel Sentral Kuantan eksklusif untuk
kita. Zaman sekarang siapa yang boleh hidup tanpa wifi kan? Jangan risau sebab
Hotel Sentral Kuantan dah sediakan free wifi untuk kita supaya senang kita nak
update segala laman social kita. Justeru itu Hotel Sentral Kuantan merupakan
yang terbaik dan menjanjikan memberi kita keselesaan yang utama serta
perkhidmatan yang tiptop untuk para pelanggannya.
Seterusnya adalah The Zenith Hotel yang juga terletak di
Bandar Kuantan turut mempunyai lokasi yang sangat strategik dan berhampiran
dengan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah Airport (KUA) sejauh 13.86km sahaja.
Tak panas punggung lagi duduk dalam teksi ataupun kereta dah sampai. Terdapat banyak
tarikan pelancongan yang berdekatan, contohnya Teluk Cempedak Beach dalam 5.23
km, dan Sultan Ahmad Shah Airport (KUA) dalam 13.86 km. Kalau kita nak buat
aktiviti bersama keluarga ataupun rakan-rakan secara besar-besaran jangan risau
The Zenith Hotel dah menyediakan bilik majlis yang cukup besar dan serba
lengkap untuk memenuhi keperluan kita untuk buat majlis khas sesama kita.
The Zenith Hotel ialah pilihan yang terbaik jika
kita mahukan layanan mewah untuk percutian kita. Kita boleh gunakan sebaiknya
perkhidmatan yang tiptop mereka sediakan
untuk kita dan akan menjadikan percutian kita adalah yang terbaik dengan
menginap di The Zenith Hotel. Nikmati segala layanan mewah pengalaman yang
tiada tandingannya dangan mengunap di The Zenith Hotel pasti tidak akan rasa
menyesal.
Terakhir sekali adalah Swiss-Garden Beach Resort Kuantan
merupakan sebuah resort yang mempunyai persekitaran yang sangat baik dan
terletak di Beserah. Kedudukan yang sangat strategik, Swiss-Garden Beach Resort
Kuantan juga adalah salah satu hotel yang hampir dengan Sultan Ahmad Shah
Airport (KUA) dalam 22.99 km dan Cherating Turtle Sanctuary dalam 26.36 km.
Kalau pasangan yang baru sahaja berkahwin ataupun memang cari tempat-tempat
yang sesuai untuk berbulan madu dan mahukan percutian yang romantic korang
boleh datang sini. Menikmati saat-saat indah bersama orang tersayang dengan
suasana malam yang romantis . Bagi yang menginap di Swiss-Garden Beach Resort
Kuantan boleh menikmati rawatan spa yang merupakan satu ciri utama resort.
Perjalanan jauh dan selepas penat bekerja, kita
boleh memanjakan diri dengan rawatan santai yang akan menyegarkan kita. Dari
acara perniagaan ke majlis korporat, Swiss-Garden Beach Resort Kuantan
menyediakan perkhidmatan dan kemudahan lengkap yang kita dan rakan sekerja
perlukan. Bergembiralah kita dengan pelbagai kemudahan hiburan yang telah
disediakan untuk kita dan seisi keluarga di Swiss-Garden Beach resort Kuantan,
sebuah penginapan yang menarik unruk percutian keluarga kita.
Justeru itu, resort ini merupakan
tempat yang terbaik bagi kita yang mengimpikan percutian yang tenang dan nyaman
serta jauh daripada orang ramai. Bersiaplah untuk mendapatkan pengalaman
penginapan yang tidak mampu dilupakan dengan adanya perkhidmatan eksklusif yang
sangat lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk memenuhi semua keperluan anda.
Pusat kecergasan resort ini adalah yang wajib dicuba semasa penginapan di sini.
Nikmati hari yang menyeronokkan dan santai di kolam, sama ada mahukan
mengembara secara sendirian atau bersama orang yang tersayang.
Mega view tu ramai yg kata best utk stay.
ReplyDeletekeluar pulau juga susah T_T
ReplyDeletekalau pegi pahang jarang singgah lama..biasa sekejap je xsempat nak jalan2
ReplyDeletekalau ada masa teluang boleh singgah sambil tidur dekat hotelhotel yang recommanded
Deletexpernah tdo hotel kat pahang. hehe..
ReplyDeletelepas ini boleh lahh tryy tidur dekat hotel pula hee
Deletemudahnya ada traveloka! kalau ada bercuti ke pahang nak menginap dekat sini lah hikhik
ReplyDeleteyupp mudah dengan traveloka untuk book tempat penginapan kita
Deletemega view sesuai kalau nak jalan bandar. tak mahal sangat pun
ReplyDeletehelloaiman