What?! Cholestrol? oh noooooo - Whisper of zlyn

Thursday, August 24, 2017

What?! Cholestrol? oh noooooo

Ramai sebenarnya tak sedar dan tak ambik berat pun pasal kolestrol dalam badan including me actually. Tapi mula sedar bila last year or two years ago mula muncul bawah mata, mula-mula memang kecik je ingatkan macam blackhead gitu tapi bila dibiarkan lama-lama makin besar sedikit dan kalau orang tengok mesti akan perasan sebab bawah matakan.
 

i punya ada satu ketul je la putih tu dan mula google tuptup keluar artikal pasal kolestrol yang tinggi punca dia. Memang tidak dinafikan kalau makan memang melantak je tak pernah nak hirau kolestrol tinggi ke tak. Korang yang dah ada benda ini jangan ambik mudah dan yang belum ada pun kenalah hati-hati. Nasib baik lepas tu terus kurangkan yang berminyak dan beberapa lagi dan hilang juga ketulan putih itu.. Risau sesangat okey takut makin banyak

Macam mana boleh kolestrol tinggi? okey jom baca ini⇙

1. Pemakanan
 -Mengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak tepu biasanya akan meningkatkan kadar kolestrol. Contohnya seperti telur, keju, minyak masak yang berlebihan dan pelbagai jenis makanan yang bergoreng. (nak makan yang bergoreng itu beringat sedikit)

2. Merokok
  -merokok juga banyak keburukan dan merupakan salah satu punca. Selain boleh merosakkan paru-paru, merokok juga mampu menurunkan tahap kolestrol baik dalam darah. Kita memerlukan kolestrol baikk berbanding kolestrol jahat lahhh!

3. Tahap Kesihatan
Mempunyai penyakit lain seperti diabetis atau hipotiroid sangat berisiko untuk peningkatan tahap kolestrol. Korang perlu lakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin bagi mengelak risiko penyakit lain juga.
4. Aktiiviti harian
Kurang melakukan aktiviti / bersenam akan meyebabkan peningkatan kadar LDL (kolestrol jahat) dan merendahkan tahap HDL (kolestrol baik) dalam tubuh kita. Paling kalau tak sempat sangat banyakkan berjalan , keep walk jangan duduk je or baring sahaja tak kira usia ye.



5. Sejarah Keluarga
Ada orang masih memiliki kadar kolestrol yang agak tinggi walaupun telah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan diet yang seimbang seperti yang disarankan. Keturunan juga mempengaruhi masalah kolestrol tinggi, korang boleh check family background punya kesihatan ye.

6. Usia dan jantina
Mencecah umur 20 tahun perlu lebih berhati-hati, kolestrol mula meningkat melainkan anda mengamalkan aktiviti dan pemakanan yang mencegah kenaikan tahap kolestrol.
Golongan lelaki lebih cenderung mempunyai tahap kolestrol yang tinggi berbanding wanita.

7. Berat badan
Tumpuan lemak di bahagian perut dan pinggang bukan sahaja menyukarkan anda untuk memilih saiz seluar yang sesuai, malah ia juga meningkatkan kadar triglisedira dan menirinkan HDL atau kolestrol baik.

Kita perlu lebih berhati-hati dalam setiap pemilihan makanan kita dan keluarga, siapa lagi ingin mencegah kalau bukan kita kan, after tahu punca semua ini jom kurangkan sedikit demi sedikit dan mula bersenam paling busuk pun jalan selama 30 minitla.

Cara paling mudah nak turunkan kadar kolestrol dalam badan yang i tahu dan amalkan juga kekadang adalah dengan minum air mineral yang dah letak slice of lemon. Sebenarnya banyak je lagi yang boleh bantu macam tomato, soya bean atau bahasa melayunya kacang kedelai, buah naga dan lain-lain . 

Ambik sikit-sikit je kalau dah tahu semua pening pula nak ambik yang mana satu kan. so just amalkan yang mudah je.

Selamat menjaga kesihatan dan ambik langkah berjaga-jaga okey

4 comments:

  1. Alahai risau pula, sebab macam ada pulak timbul dekat bawah mata. Kena beringat lah ni lepasni

    ReplyDelete
  2. I pernah timbul satu dekat bawah mata dulu. Lepas tau tu tanda kolestrol tinggi terus control makan.

    ReplyDelete
  3. betul sama juga. sekarang dah kawal makan dengan amalkan minyak ikan omega 3. Selain kat bawah mata biji kolestrol ni pun timbul kat area leher

    ReplyDelete

@templatesyard