July 2017 - Whisper of zlyn

Monday, July 31, 2017

Teh Hijau ?!
          

 yuks bila teringatkan teh hijau? Pahit?! Seriously memang agak tak sedap tapi dalam tak sedap dia banyak manfaat untuk kita okey. Kenapa kalau nak kurus kena minum teh hijau, ahh situ dah boleh agak kan yang dia ada manfaat untuk diri kita. Lebih elok diminum begitu sahaja tanpa gula ataupun campur dengan madu (honey). Kenapa tak boleh letak gula? Sebab kita nak bakar calori dalam badan kalau letak gula tak ke bertambah balik.

           
          Firstly, dapat menjaga kesihatan kulit kita dan teh hijau juga dapat melindungi kulit daripada pancaran sinar ultraviolet sehingga secara tidak langsung. Minum teh hijau dapat membuat kita terhindar dari penyakit kanser kulit. Selain itu, Dapat mengurangkan berat badan dan mencegah obes sebab dapat meningkatkan metabolisma badan kita. Badan akan lebih cepat memproses lemak yang terkumpul bila metabolisma kita tinggi.

        Teh Hijau Boleh Mengurangkan Risiko Kencing Manis Tahap 2 atau  Pesakit Diabetes sangat disarankan untuk minum teh hijau ini kerana Teh Hijau membantu mengawal kadar glukosa dan seterusnya mengelakkan peningkatan gula dalam darah selepas makan. Pesakit Jatung juga boleh mengamalkannya sebab saluran darah menjadi lebih stabil dan tenang untuk perubahan tekanan darah yang berubah secara tiba-tiba dan dapat mengurangkan masalah jantung tersumbat.
     
       Teh Hijau mampu mengurangkan paras kolestrol jahat dalam badan kita serta meningkatkan kolestrol baik berbanding kolestrol jahat dalam badan. Teh hijau juga sesuai untuk orang yang tengah stress sebab ia kelebihan teh hijau tambahan pula bila dengan campuran madu.

      
macam sis sekarang minum ahmad tea ni memang umppphhhh .. Kadang tu memang rasa nak letak gula je. Tapi batalkan je niat dan kekadang letak juga hahaha tapi dalam kuantiti yang sangat sikit.




Teh hujau dari boh ni pon okey juga pernah minum dulu sama je . Tapi ini murah sikitlah and senang nak dapat kalau ahmad tea tu susah sikit.
Fungsi memang sama untuk semua hanya jenama sahaja yang membezakan dia.

korang memang patut cuba walaupun tak berapa nak sedap tapi banyak khasiat untuk diri kita. Kalau bukan dari jaga pemakanan dan minuman bila lagi nak jaga kesihatan? Takkan nak sampai dah sakit teruk baru nak google mana yang baik untuk kurangkan itu kurangkan ini.. So better ambik langkah kecil untuk jaga kesihatan diri kita.
        

Tuesday, July 25, 2017

Tempat pilihan terbaik bila di Kuantan Pahang



Hai gais bagi sesiapa yang nak bercuti dalam masa jangka panjang atau pendek ini ke Kuantan Pahang  korang perlu cuba untuk stay di Mega View Hotel dan wajib masuk dalam list hotel korang tau. Hotel ini terletak di Bandar Kuantan dan lokasinya sangat-sangat sesuai sebab berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah Airport(KUA) sejauh 13.74km sahaja okey. Senang sangat kalau datang naik kapal terbang terus naik teksi dan sekejap je dah sampai tak payah duduk lelama dalam kereta pula kan. Selain itu, Terdapat banyak tarikan pelancongan yang berdekatan, contohnya Teluk Cempedak Beach dalam 4.87 km, dan Sultan Ahmad Shah Airport (KUA) dalam 13.74 km.
Kita boleh menikmati  reka bentuk dan seni bina Mega View Hotel yang sangat lawa serta suasana yang unik Mega View Hotel juga turut menyediakan beberapa perkhidmatan dan kemudahan lengkapan yang kita perlukan. Kita boleh menikmati segala hiburan yang telah disediakan oleh pihak Mega View Hotel dan ia akan menjadi sebuah penginapan yang menarik untuk percutian sekeluarga. Usah pikir panjang lagi kalau mahu menginap dalam jangka masa panjang Mega view hotel adalah pilihan yang tepat untuk kita sebab dengan pelbagai kemudahan serta kualiti perkhidmatan yang sangat hebat dan kita akan rasa seperti di rumah sendiri dan sangat menenangkan jiwa.





                Selain itu, Hotel Sentral Kuantan yang juga terletak di Bandar Kuantan turut mempunyai lokasi yang sangat strategic dan juga berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah Airport (KUA), sejauh 13.64km sahaja.  Antara daya tarikan untuk pelancong yang berdekatan seperti Teluk Cempedak Beach dalam 4.97km dan Sultan Ahmad Shah Airport (KUA) dalam 13.64km dari hotel Sentral Kuantan. Receptionist ataupun meja depan menyediakan perkhidmatan 24 jam kepada para pelanggannya. Kalau kita ada sebarang masalah boleh terus pergi ke situ sepanjang dari kita daftar masuk hingga daftar keluar.
Jika inginkan sesuatu atau kita tanya sesuatu jangan ragu-ragu untuk bertanda kepada receptionist sebab mereka memang bersiap sedia  untuk memenuhi permintaan kita okey.  Kita juga boleh menikmati makanan kegemaran dengan makanan istimewa dari Hotel Sentral Kuantan eksklusif untuk kita. Zaman sekarang siapa yang boleh hidup tanpa wifi kan? Jangan risau sebab Hotel Sentral Kuantan dah sediakan free wifi untuk kita supaya senang kita nak update segala laman social kita. Justeru itu Hotel Sentral Kuantan merupakan yang terbaik dan menjanjikan memberi kita keselesaan yang utama serta perkhidmatan yang tiptop untuk para pelanggannya.



               

                Seterusnya adalah The Zenith Hotel yang juga terletak di Bandar Kuantan turut mempunyai lokasi yang sangat strategik dan berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah Airport (KUA) sejauh 13.86km sahaja. Tak panas punggung lagi duduk dalam teksi ataupun kereta dah sampai. Terdapat banyak tarikan pelancongan yang berdekatan, contohnya Teluk Cempedak Beach dalam 5.23 km, dan Sultan Ahmad Shah Airport (KUA) dalam 13.86 km. Kalau kita nak buat aktiviti bersama keluarga ataupun rakan-rakan secara besar-besaran jangan risau The Zenith Hotel dah menyediakan bilik majlis yang cukup besar dan serba lengkap untuk memenuhi keperluan kita untuk buat majlis khas sesama kita.
The Zenith Hotel ialah pilihan yang terbaik jika kita mahukan layanan mewah untuk percutian kita. Kita boleh gunakan sebaiknya perkhidmatan yang tiptop mereka  sediakan untuk kita dan akan menjadikan percutian kita adalah yang terbaik dengan menginap di The Zenith Hotel. Nikmati segala layanan mewah pengalaman yang tiada tandingannya dangan mengunap di The Zenith Hotel pasti tidak akan rasa menyesal.





                Terakhir sekali adalah Swiss-Garden Beach Resort Kuantan merupakan sebuah resort yang mempunyai persekitaran yang sangat baik dan terletak di Beserah. Kedudukan yang sangat strategik, Swiss-Garden Beach Resort Kuantan juga adalah salah satu hotel yang hampir dengan Sultan Ahmad Shah Airport (KUA) dalam 22.99 km dan Cherating Turtle Sanctuary dalam 26.36 km. Kalau pasangan yang baru sahaja berkahwin ataupun memang cari tempat-tempat yang sesuai untuk berbulan madu dan mahukan percutian yang romantic korang boleh datang sini. Menikmati saat-saat indah bersama orang tersayang dengan suasana malam yang romantis . Bagi yang menginap di Swiss-Garden Beach Resort Kuantan boleh menikmati rawatan spa yang merupakan satu ciri utama resort.
Perjalanan jauh dan selepas penat bekerja, kita boleh memanjakan diri dengan rawatan santai yang akan menyegarkan kita. Dari acara perniagaan ke majlis korporat, Swiss-Garden Beach Resort Kuantan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan lengkap yang kita dan rakan sekerja perlukan. Bergembiralah kita dengan pelbagai kemudahan hiburan yang telah disediakan untuk kita dan seisi keluarga di Swiss-Garden Beach resort Kuantan, sebuah penginapan yang menarik unruk percutian keluarga kita.
Justeru itu, resort ini merupakan tempat yang terbaik bagi kita yang mengimpikan percutian yang tenang dan nyaman serta jauh daripada orang ramai. Bersiaplah untuk mendapatkan pengalaman penginapan yang tidak mampu dilupakan dengan adanya perkhidmatan eksklusif yang sangat lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk memenuhi semua keperluan anda. Pusat kecergasan resort ini adalah yang wajib dicuba semasa penginapan di sini. Nikmati hari yang menyeronokkan dan santai di kolam, sama ada mahukan mengembara secara sendirian atau bersama orang yang tersayang.






So, ,  cepat-cepat laa get latest kuantan hotelpromotion online. Nikmatii percutian hebat  dengan menggunakan perkhidmatan traveloka yang tengah menawarkan tawaran terbaik untuk kita bercuti dengan hanya dihujung jari sahaja untuk memastikan percutian kita sempurna.  https://www.traveloka.com/


Thursday, July 13, 2017

Review Aiken Tea Tree Oil
Kali ini nak share sedikit review untuk product Aiken Tea Tree Oil. Kalau mintak tips or cara untuk rawat jerawat dekat wajah mostly akan recomanded this product. Tak percaya korang pergi twitter kecantikan or apa sahaja or kulit wajah mesti akan nampak this product.

    Macam mana rupa dia? ini kat bawah ini tapi kadang kita taktahu sebab i sendiri baru-baru ini jumpa kalau tidak jenuhlah juga cari tapi tak jumpa-jumpa memang dah lama sangat nak try this product okey ke tidak kan.


             And dia bau ubatlah sikit time pakai tu tapi best seriously tak tipu. Biasalahkan nak bende baik tak semua wangi tapi tak ada lah busuk sangat pon kejap je baru dia . Harga dia sangatlah bepatutan tau murah sangat dan korang boleh dapatkan dekat guardian kalau watson macam tak ada jumpa pula selama ni.
             Korang boleh rembat dia satu set tau yang pencuci ini dalam rm8 macam tu je okey tak adalah mahal. Barang lain dia macam toner dalam rm5 or rm6 macam tu murah kan?! Kalau jenama lain for sure rm10 ke atas mostly lah bukan nak kondem mana-mana jenama.

Hari tu sempat rembat dua benda ini total dalam rm14.10 tak silap seriously murah sangat. Dia sangat bagus untuk kulit yang berjerawatlah senang cakap. Kalau i ni memang lah tak penuh jerawat buat selalu tumbuh sebesar- besar alam seriously tak tipu dan dia suka tumbuh berjemaah bila satu turun satu atau dua akan naik tapi sangat dekat dengan jerawat tu sebelah je.

Orang kadang cakap tu laa asyik berangan je , kalau lain selalu cakap ahh tu jerawat batu ke apa. Stress okey dengar, dan my pimple suka menarik perhatian dia tumbuh best port dekat muka kat dahi.

Korang yang kulit wajah bermasalah jerawat cubalah try mana tahu okeykan, kita perlu cuba untuk tahu mana yang the best for our face and skin. Selagi nak stick dengan satu tapi wajah masih sama dan makin teruk baik tukar untuk selamatkan muka kita ye dokkk..




sekian sahaja dari sis zlyn :)

Monday, July 3, 2017

4:40 PM

Raya 2K17

by
Raya 2K17
            Selamat menyambut hari raya aidilfitri gaiss.. Dah raya ke 9 baru kesempatan buka laptop fuhh .. mesti korang raya sakan kannn .. Tahun ni ramai juga dapat raya lama mostly semuanya sampai seminggu macam balas dendam raya kann..



            First raaya as usual ketupat ayam masak merah dan kuah lodeh wajib punya menu kalau takde ya Allah sedih sangat hidup tak lengkappppp macam bukan raya la kononnya.. overr tauuu . Hari last puasa dah start menganyam tapi my elderst sis la yang menganyam and my mom ketatkan dengan masukkan beras. Just ketupat takde lemang or others .. Tapi raya ke 2 or ke 3 tu my sis ada bawa balik lemang sebab belah suaminya bakar lemang . 
             Tapi tahun ni hanya yang bujang bujang sahaja beraya dengan mama after raya ke dua barulah yang lain balikkk .. baru penuh rumah riuh rendah.. Adatlah takpayah nak gaduh raya mana mana pon asalkan raya kannn.. #teamrayajohor #teamrayasingle
             Pagi raya tu seriously batupahat lenggang gila gila takde sesak langsung lagi lagi turun jambatan lagi la clear je jalan ni tak tipu punya... Bila dah petang sikit baru lahh jalan mula banyak kereta but tak jem lagi la .. second day ahh hadaplahh jem tuu beramai ramaiiiiiiiiiiiii ..
            Budak budak kecik pon dah tak de datang beraya weii hambar sangat maybe kalau duduk taman taman tu ada lah lagi walaupun tak banyak tapi nii memang takde langsung hanya family kaum kerabat je la yang datang walau apa pun selamat hari raya ! Raya kann sebulannn



feeling feeling vivy sikit hahahaha padahal jauh beza ..



Maaf zahir dan batin kepada semua yang tidak mengenali mahupun mengenali diri ni yang serba kekurangan yang baik semuanya datang dari Allah swt . Kalau nak cari kt ig : zl_yn dm for follow back okk nanti sis reply punya :)
             

@templatesyard