Whisper of zlyn

Friday, August 9, 2019

Zip Bap BBQ Restaurant ( Korean food Batu Pahat)
Sudah sekian lama tak update new location for foodhunting! Hari ni nak share satu tempat untuk penggemar makanan korea. Lagi lagi untuk siapa yang stay ataupun datang ke bandar Batu Pahat Johor. Kadang ada je korean food tapi tak halal la pula kan .

new spot for foodhunter! ZipBap BBQ Restaurant dekat Old Street Batu Pahat location lagi tepat level 1 atas KFRY Batu Pahat. Senang je just naik lift atau naik tangga memang terus depan kedai.
Macam mana rupa kedai? Sat sat ssabar

Memang tak ramai sebab ramai yang tak tahu lagi spot ini yee. Korang tak payah susah nak beratur panjang-panjang sebab banyak juga seat untuk customer. Perkerja memang mostly melayu masa sis pergi haritu so memang yakin halal! Apa tunggu lagi jom tengok-tengok menu yang ada. Sis rasa kedai ini famous dengan ayam so many choice for ayam!!!!









Ini sedikit gambar yang sis makan haritu, ada lagi gambar lain tapi dah bedal tak sempat bergambar haha. Service pon okey, not bad rasa juga sedap.


ini serious besar dan tak rugi kalau tengah lapar makan sebab besarrrrr woiii. Okey maaf terlebih over pulaa . So sesiapa area sekitar boleh cuba kedai baru buka ini. Ada staff dia diberi tugas suruh bagi flyers kt bawah are kfry tapi mostly diaorang malu nak bagi hahaha and kitaorang kena naik la survey sendiri. Kalau dalam lift pon ada list nama kedai jangan risau lupa level berapa.

Lepas makan korang boleh naik tingkat atas feeling2 sikit ambik gambar tapi kalau malam lagi nice view. Selamat mencuba☺☺
Eh eh janganlupa guna #zlynfoodlover ok

Monday, July 8, 2019

Resepi Murtabak Maggi
                Kembali dengan update pasal makanan je la, nak update pasal bercuti tak pergi-pergi bercutinya even dah start cuti sem. *Pity mood* Kali ini nak share Resepi Murtabak Maggi yang sangat-sangat mudah lagi-lagi kalau siapa yang teringin murtabak dan pada masa yang sama nak makan maggi juga! Dilema kan, dah takyah rungsing gemok kalau nak makan both, apakata gabungkan je kan mudah.

                Tertiba je terfikir nak makan petang tadi disebabkan cuaca pula mendung hujan, kita yang dalam umah pula lapar. Check bahan semua ada ke tak and zapp terus je buat. *boleh makan untuk 2-4orang

Bahan-bahan yang diperlukan :
-Telur 4biji nak 5biji pon boleh
-bawang (potong dadu boleh hiris pon boleh *ikut kesukaan anda*)
-lada sulah sikit
-2packed maggi
-minyak sapi (kalau takde pakai minyak biasa pun blh)
first korang potong hiris bawang merah jangan besar-besar sangat, pecahkan telur, letak serbuk perencah maggi , lada sulah 
-then korang boleh pukul kasi sebati
- Kalau nak lagi sedap dan tak muak sangat tambah hirisan ayam macam bawah ni sis rendam dalam air panas bagi masak sikit.

-Dalam sibuk sebatikan aduanan tadi, jangan lupa pergi rebus maggi tadi jangan sampai kembang ye anak-anak nanti tak sedap.
-Lepas dah rebus tu tos kan airnya kejap dan korang boleh tuang dalam adunan telur tu semua.
-Apa tunggu lagi gaul bagi maggi tu semua direndam dan sekata.



             Last step korang hanya perlu on kan api dan letakkan sedikit minyak sapi atau pun minyak apa-apa yang korang nak guna asalkan selamat untuk masakan jangan pula guna minyak panas yee. Bila kuali dah panas korang tuang semua dalam periuk tapi kalau nak buat size kecik bahagikanlah dua ye aduanan tadi. Api jangan terlampau besar, sederhana supaya fully masak takmau la luar je yang garing hangit tapi dalam tak masakkan. Chill jap pergi basuh pinggan pastu terus terbalikkan dia dengan penuh hati-hati ye, and jangan lupa letak minyak sikit tepi tepi and masa nak terbalikkan tu letak sikit minyak kt tengah supaya nanti tak hangit tengah sebab takde minyak. Disarankan guna non stick punya kuali ye.


Tada dah siap atas sebelah kiri dah siap letak atas pinggan untuk hidang tapi yang kanan ni dalam kuali. Maafkan saya selekeh sikit tak berapa nak cun bentuknya hahaha. Masa tuang tu korang kena set bebetul maggi jangan macam ni terkeluar sikit tak cun dah.  Lepas dah hidang korang boleh potong dan makan, tapi siapa suka makan dengan sos pon boleh.

-Sesiapa nak add on cheese masa masak tu pon boleh sebelum pusing tu, tapi takut nanti muak pula kalau yang tak minat cheese, so macam ini je pon dah okey.

 Rupa apabila dipotong dan sedia untuk dimakan. Tadaa dah siap, mudah je bahan pon tak susah nak dapat janji ada maggi dan telur.

 Sekian sahaja resepi yang tidak seberapa ini, Mana tau yang duduk rumah sorang tertiba nak kena masakkan korang boleh try resepi ini mudah dan siapa tak reti masak and ini first time nak masak boleh cuba.

Sunday, March 10, 2019

Resepi mudah Puding Roti Kastard
Bila agak-agak tekak tu teringin nak makan untuk minum petang ataupun untuk makan malam sebagai pencuci mulut tapi malas la nak buat yang leceh-lecehkan. Lagi lagi bagi sis yang tak berapa nak rajin masuk dapur ini. Ting idea nak makan roti puding terus pergi beli alang-alang dah kat luar masa tu.


Bahan-Bahan yang diperlukan

A- Roti 8-10 keping (jenama suka hati korang ye)
   - Kismis
   - coklat cip ( bergantung pada masing-masing)




B ( untuk rendam roti / tuang pada roti)
    - 3 cawan susu segar / sekotak susu segar saiz kecil
    - 4 sudu gula
    - 2 biji telur
    - 2 sudu mentega


1) koyakkan roti-roti tadi dan letak dalam loyang.
2) Sambil tu boleh terus panaskan periuk dan masukkan semua bahan-bahan B (guna api kecik) kacau sampai sebati tetapi tak payah sampai mendidih dan jangan sampai telur masak pula panasnya tu.
3) Lepas dah siap step 2, terus tuang bahan B tadi kat atas bahan A dan letak coklat chip and kismis.
   (macam sis letak sikit2 dekat dalam roti tuu takdela kat atas je)

 4) panaskan oven terlebih dahulu supaya haba sekata keseluruh ruang oven itu.
 5 ) Masukkan aduan bahan a and b yang dah siap tadi ke dalam oven dengan guna suhu 200 celcius selama 45minit.

sementara tunggu siap masak dah boleh buat kuah kastardnya dan nanti boleh simpan sejuk2 gitu.

Bahan C ( kuah kastard)
- 1 tin susu cair
- 2 sudu tepung kastad ( tapi sis guna lebih sikit sebab suka pekat dalam 3 1/2 sudu)
- 4 sudu gula ( kalau rasa manis sgt blh kurangkan or tambah ikut korang punya suka)
- 3/4 cawan air

lepas tu korang boleh terus masukkan semua ini dan kacau supaya sebati sehingga pekat . Kalau dah mendidih boleh tutup. kalau suka kuah sejuk2 boleh simpan peti ais nanti makan pon macam nyumm je kuah sejuk dia. ikut masing-masing ye.
Selamat mencuba :)

Monday, January 21, 2019

Closing 2018
         Rasa macam janggal pula nak update pasal penutup 2018 sebab dah halfway bulan januari 2019 *menangis dibucu katil sebab busy* . Masa sebelum start final exam sempat lah merayap pergi KL kejap dan sempat jugalah pergi LAMPU (Light And Motion Putrajaya) pergi hari perasmian dia . okey not bad macam macam dipertunjukkan mengunakan lampu .


        Teknologi pon power di pancarkan lampu tersebut pada bangunan kehakiman negara di putrajaya. Start after magrib i sampai dah ramai yang berpusu-pusu . Last tak tahu lah pukul berapa sebab masa balik pukul 11 pon masih ramai lagi yang baru datang. Tepat pukul 12 tengah malam ada letupan bunga api yang dilepaskan.
        Kalau lepas ini ada lagi LAMPU korang patut bawa kipas ye sebab boleh tahan jugalah panas dia tu . Banyak lagi lampu lampu yang cantik tapi i tak sempat nak berjalan ke semua lampu dan bergambar dengannya.

Bawah ini selitkan sedikit sis bergambar dengan lampu dan hasil karya lampu. 
sumpah pergi memang macam woww lawanya. Tips dia korang kena bawa yang pandai ambik gambar .














Lastly gambar dengan family yang pergi sama sama berlengas panas dan bergambar. Demi kualiti gambar yang baik kami pasang lighting sendiri hahaha. Dan orang tengok yee kami buat macam ni hahah lelaju ambik gambar 😅

Sekian saja closing untuk 2018. Permulaan 2019 diserikan dengan final untuk sem 2 yang agak sedih . Harap masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru semoga tahun ini lebih bermakna dan mencapai azam yang telah disasarkan untuk capai tahun ini .

@templatesyard