August 2017 - Whisper of zlyn

Instagram

Wednesday, August 30, 2017

Original cake

Viral  original cake ini dekat almost laman sosial kan. Sempat jugalah mencuba dia punya kek ini harga pon okey juga tak terlalu mahal. Masa itu pergi city square jb dan macam biasa beratur dia punya lah panjang semata kek ini.

Lagi-lagi nampak kek yang fresh keluar dari oven dia and dia cut infront you okey and masuk dalam kotak dia. Ada 3 jenis, original, chesess dengan coklat tapi nama penuh dia lupa haha. Harga ori RM18 tapi hari tu ada diskaun jadi RM15, cheese Rm 20 dan coklat rm25 macam tu la ke tertukar cheese dengan coklat tu.


Hampir 10minit jugalah kena beratur fuhh, then sampai terus cakap je nak perisa apa. Malangnya, cakap nak coklat dengan cheese tapi dapatnya chesses dengan ori hmmm.  Patutlah pelik kenapa macam duit baki lebih haha.

Seriously okey lah lembut and saiz dia sangat berpatutan dengan harga tapi original tu rasa macam too much telur dan pada yang tak boleh makan telur sangat memang boleh rasa nak muntah. Maybe time i beli je kot bukan semua sebab adunan lain-lain kan. Cheese better than original for me and okeylah tak sekuat rasa telur yang ori.

here short video from me ! enjoy it











Thursday, August 24, 2017

What?! Cholestrol? oh noooooo
Ramai sebenarnya tak sedar dan tak ambik berat pun pasal kolestrol dalam badan including me actually. Tapi mula sedar bila last year or two years ago mula muncul bawah mata, mula-mula memang kecik je ingatkan macam blackhead gitu tapi bila dibiarkan lama-lama makin besar sedikit dan kalau orang tengok mesti akan perasan sebab bawah matakan.
 

i punya ada satu ketul je la putih tu dan mula google tuptup keluar artikal pasal kolestrol yang tinggi punca dia. Memang tidak dinafikan kalau makan memang melantak je tak pernah nak hirau kolestrol tinggi ke tak. Korang yang dah ada benda ini jangan ambik mudah dan yang belum ada pun kenalah hati-hati. Nasib baik lepas tu terus kurangkan yang berminyak dan beberapa lagi dan hilang juga ketulan putih itu.. Risau sesangat okey takut makin banyak

Macam mana boleh kolestrol tinggi? okey jom baca ini⇙

1. Pemakanan
 -Mengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak tepu biasanya akan meningkatkan kadar kolestrol. Contohnya seperti telur, keju, minyak masak yang berlebihan dan pelbagai jenis makanan yang bergoreng. (nak makan yang bergoreng itu beringat sedikit)

2. Merokok
  -merokok juga banyak keburukan dan merupakan salah satu punca. Selain boleh merosakkan paru-paru, merokok juga mampu menurunkan tahap kolestrol baik dalam darah. Kita memerlukan kolestrol baikk berbanding kolestrol jahat lahhh!

3. Tahap Kesihatan
Mempunyai penyakit lain seperti diabetis atau hipotiroid sangat berisiko untuk peningkatan tahap kolestrol. Korang perlu lakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin bagi mengelak risiko penyakit lain juga.
4. Aktiiviti harian
Kurang melakukan aktiviti / bersenam akan meyebabkan peningkatan kadar LDL (kolestrol jahat) dan merendahkan tahap HDL (kolestrol baik) dalam tubuh kita. Paling kalau tak sempat sangat banyakkan berjalan , keep walk jangan duduk je or baring sahaja tak kira usia ye.



5. Sejarah Keluarga
Ada orang masih memiliki kadar kolestrol yang agak tinggi walaupun telah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan diet yang seimbang seperti yang disarankan. Keturunan juga mempengaruhi masalah kolestrol tinggi, korang boleh check family background punya kesihatan ye.

6. Usia dan jantina
Mencecah umur 20 tahun perlu lebih berhati-hati, kolestrol mula meningkat melainkan anda mengamalkan aktiviti dan pemakanan yang mencegah kenaikan tahap kolestrol.
Golongan lelaki lebih cenderung mempunyai tahap kolestrol yang tinggi berbanding wanita.

7. Berat badan
Tumpuan lemak di bahagian perut dan pinggang bukan sahaja menyukarkan anda untuk memilih saiz seluar yang sesuai, malah ia juga meningkatkan kadar triglisedira dan menirinkan HDL atau kolestrol baik.

Kita perlu lebih berhati-hati dalam setiap pemilihan makanan kita dan keluarga, siapa lagi ingin mencegah kalau bukan kita kan, after tahu punca semua ini jom kurangkan sedikit demi sedikit dan mula bersenam paling busuk pun jalan selama 30 minitla.

Cara paling mudah nak turunkan kadar kolestrol dalam badan yang i tahu dan amalkan juga kekadang adalah dengan minum air mineral yang dah letak slice of lemon. Sebenarnya banyak je lagi yang boleh bantu macam tomato, soya bean atau bahasa melayunya kacang kedelai, buah naga dan lain-lain . 

Ambik sikit-sikit je kalau dah tahu semua pening pula nak ambik yang mana satu kan. so just amalkan yang mudah je.

Selamat menjaga kesihatan dan ambik langkah berjaga-jaga okey

Sunday, August 13, 2017

Coklat Moist bakar


        Bila duduk rumah memang nak makan saja tapi tak ada apa boleh makan dalam stock! huh selalu memag suruh akak saja yang buat kek, kita just mengarah nak kek apa. Tapi malangnya akak tak ada okey memang macam buang terbiat masuk dapur buat kek selama ini memang jarang okey.
      
       Kali ini nak buat kek coklat moist bakar pula sebab dulu dah buat yang kukus. Korang boleh cuba after this okey sis pon ambik resepi ini dari blog iamaproudmama . Start dari pada bahan-bahan dulu ye sikit je tak banyak sangat.

Bahan-bahan yang perlu di ayak:
- 2 cawan tepung superfine ataupun guna tepung gandum 
- 3/4 cawan serbuk koko
- 2 tsp soda bikarbonat
- 2 tsp baking powder


Next adalah Bahan-bahan untuk mixer adalah:

- 2 cawan gula kastor (tapi sis pakai 1 1/2 Sebab tak nak manis sangat)
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak masak (boleh gunakan butter yang dicairkan) *sis pakai minyak saja sebab malas nak cairkan butter haha*
- 1 cawan air suam
- 1 tbsp coklat emulco *ini pun tak letak sebab tak ada*
- 3 biji telur gred A 


 mix semuanya sampai dah agak-agak sebati . Dah molek korang campurkanlah  adunan yang mix tu dengan bahan-bahan yang telah di ayak pada mulanya.
Gaul sampai serbati kalau nak jimat masa masa korang tengah mix bahan tu korang dah boleh panaskan over dulu tak payah nanti nak kena tunggu lagi kan.

then suhu 180 darjah dan bakar dalam 40 sehingga 50 minit ye .
Janganlupa sebelum tuang adunan ke dalam acuan korang perlulah calit sedikit butter dekat bekas tu biar tak melekat. And kalau suka kacang boleh tabur macam sis letak kacang walnut.
tunggulah hasilnya tadaaa.....

 sebenarnya ada dua bekas tapi lagi satu tak sempat pula nak ambik gambar haha.. 
Okey selamat mencuba yeee.

next agak-agak nak buat kek apa pula ye sementara ada dekat rumah ini

Sunday, August 6, 2017

Hungry? faster samosa homemade?!
Lapar, dan asyik lapar kalau petang-petang nak makan apa?! nak keluar beli goreng pisang or keropok lekor malas? ye kita dalam golongan sama malas untuk keluar beli makanan haha. Okey buat homemade sahaja senang. Kali ini nak share pasal buat homemade samosa not so samosa bedal je la nak panggil apa pun inti dia kari daging. Simple gila serious ini tak payah nak berpeluh sakan sangat kalau masuk dapur tu.

first benda penting kulit popia lah untuk balut dia kalau nak buat samosa kena cari panjang or besar sikit ini yang sis beli empat segi kecik konon dulu nak buat kuih raya popia nestum tapi hanya angan-angan dicapai angin sahaja.

Secondly kena pikir korang nak bahan apa dalam dia kalau nak daging so sediakan daging cincang kalau ayam, ayam cincanglah ye yang senang. Second kentang korang rebuslah dia dulu molekmolek senang nanti tak adalah keras je nak makan, and kalau nak sihat sikit letak lah sayur bersesuaian.



Macam sis letak carrot sahaja, and then rebus lah bersaama kentang tadi. okey dah biarkan dia rebus tu sediakan bahan untuk ditumis like bawang merah , bawah putih dipotong dadu kecikkecik ye karang tersedak nak makan . Dah ready korang boleh start masak kari dengan bahan semua tu tadi jangan berair pula ye masak kari kering punya je.

Dah siap korang boleh biarkan seketika bagi sejuk korang kopek dulu kulit popia tu. Beres semua balutla macam macam cara korang nak pon asalkan menjadi elok dan molek jangan sampai isi terkeluar dan kalau nak lekatkan letak tepung yang dicapur air CALIT sikit je jangan bubuh banyak pula.

settle habiskan semua korang boleh goreng actually kulit popia kena letak macam kain basah tapi sis tak buat sebab malas emm kan dah cakap dekat atas tadi malas. ahaha okey tapi alhamdulilah berjaya first try walaupun bukan seorang yang terror masak.  Sekian sahaja korang boleh try memang buat dia tak berpeluk ketiak pon kejap sangat dan siap terus boleh makan .


Follow by Email

@templatesyard