May 2018 - Whisper of zlyn

Friday, May 11, 2018

Detik Bersejarah #pru14

Sedaya upaya tidak sentuh pasal politik, pada 9 mei 2018 adalah hari bersejarah buat Malaysia. Pilihanraya buat kali ke ini adalah yang paling sengit sekali, rata-rata rakyat Malaysia stay depan tv sampai keluar keputusan official. Mengikut statistik, peratus rakyat pengundi juga meningkat dari sebelum ini walaupun dibuat pada hari Rabu.

Sehingga hari ini, masih hangat lagi dan dibincangkan oleh rakyat malaysia. Suara rakyat disalurkan dengan cara yang betul, syabas untuk semua yang mengundi. Ada juga yang beratur sampai berjam- jam menunggu giliran untuk mengundi dengan penuh rasa bersabar. Walaupun uzur juga turut serta tidak mahu terlepas daripada menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Pihak SPR juga telah menjalankan kerja dengan sebaik mungkin dan penat lelah untuk buat kerja yang telah diberi tanggungjawab. Warga emas dan ibu mengandung serta yang membawa anak kecil diberi saluran khas supaya lebih mudah dan cepat tidak perlu menunggu lama.

Apa yang menakjubkan PRU kali ini adalah,  Perdana Menteri yang ke 7 ini merupakan perdana menteri yang ke 4 iaitu Tun Dr.Mahathir (1981-2003). Tun Dr. Mahathir parti pakatan harapan menumpaskan Barisan Nasional dengan jumlah yang agak besar.

Beberapa buah negeri yang sebelum ini bawah Barisan Nasional juga bukan lagi menjadi lubuk BN untuk pru kali ini. Apa yang terjadi pun, kita sebagai rakyat Malaysia inginkan yang terbaik dan suara rakyat didengari.


Pada 10 mei 2018, Tun Dr. Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 7 di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Balai Rong Seri, Istana Negara, di sini, jam 9.56 malam tadi. Ia merupakan buat kali kedua selepas memegang jawatan yang sama pada 16 Julai 1981 untuk tempoh 22 tahun..

Sebagai rakyat Malaysia kita doakan kesihatan yang baik untuk Tun Dr. Mahathir supaya dapat mentadbir negara dengan sebaik mungkin dan memperbaiki mana yang kurang. #SuaraRakyatDidengari

Yang belum cukup umur, after this kalau dah cukup jangan lupa daftar ye jalankan tanggungjawab kita pada negara sendiri. Pilihanraya yang dijalankan 5tahun sekali ini harus digunakan sebaik mungkin . Lets start new era dengan pemerintahan yang baru. 😃

@templatesyard