Cacing dalam usus? - Whisper of zlyn

Friday, February 2, 2018

Cacing dalam usus?

    


      Mungkin tak ramai ambik berat dalam usus kita, ramai yang pikir lemak-lemak, kulit tapi lupa pasal cacing. Ahh cuba tanya diri korang sendiri bila last makan ubat cacing? Rata-rata mesti akan cakap last makan masa sekolah rendah dulu dapat free dokter datang kannn. Malah ada yang pikir ubat cacing ini budak budak jelah yang kena ambik, takkan lah dah besar pun nak makan jangan buat lawak lah.
   
    Okey mehh Tengok sikit macam mana rupa cacing dalam perut tuu.. okey i belanjalahh gambarnya yang i rembat dekat google tu. ↴

Lepas tengok gambar ini rasa-rasa nak tahu takk pasal cacing yang duduk dalam usus kita sepanjang kita hidup dan makan macam-macam benda ini. 

Macam mana cacing boleh masuk pula? Cacing masuk melalui dua cara:
  1. Melalui telur cacing yang terdapat pada makanan yang tercemar
  2. Penembusan melalui kulit manusia.
Perkara macam ini kita jarang nak tahu tambah pula ada berita baru-baru ini yang seorang doc mengeluarkan cacing dari usus seorang pesakit sepanjang 2.3 or 2.8m okey meter omggg...


Nak tahu apa tanda-tanda kita ada cacing? meh sini sis huraikan lagi bagi korang tahu juga sebab sis pun baru perasan pasal cacing ni juga hahaha

  • Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
  • Alahan kulit yang teruk – bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam
  • Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata
  • Hiperaktif
  • Sakit kepala
  • Sakit perut – cirit-birit, kembung, sembelit
  • Anemia – kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)
  • Keletihan luar biasa – lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
  • Sensitif terhadap cahaya
  • Gusi & hidung berdarah
  • Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
  • Gatal sekitar lubang najis (dubur)
  • Alahan terhadap makanan
  • Tiada selera makan, pucat,
  • Kurang berat badan walaupun selera makan ada
  • Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)

    Habis tu kat mana nak dapatkan ubat cacing? Korang boleh pergi mana-mana farmasi yang terdekat okey jangan gelabah. Ubat cacing ini sebenarnya kena ambik 6 bulan sekali tapi kalau malas tu korang boleh lah ambik setahun sekali yang penting jangan tak ambik langsung sayang sikit usus kita. Asal kita makan je cacing nak makan juga last-last dia besar dan kita asyik lapar je .

     Agak-agak malu dengan orang yang kerja kat farmasi tu pergilah cari sendiri.  Ada macam gula-gula and ada juga cercair. Mana yang dah dewasa tu pun kena makan juga sebab semua lapisan kena ambik ubat cacing ni.


        Sis ambik jenama  champs ini je sebab disarankan oleh farmasi dan dia perisa coklat dan boleh nyonyot/ hisap macam gula-gula . Tapi korang jangan bau sebab agak umppp..  katanya macam gambar first zentol tu or lain tu lagi kuat baunya. Tak mahal pun champs ini untuk sekali makan ada dua biji harga dalam rm6 lebih je. and yang zentol tu ada dua kotak nampak rm11 macam tu.
        
      Korang boleh beli dan kalau nak lebih lanjut boleh tanya dekat diaorang okey. Lets our tummy free from cacing tu semua 😊
      Jangan kedekut keluarkan duit sikit je untuk ubat ini sebelum terlambat 

5 comments:

  1. Cikgu Faiz ada beli ubat cacing ni tapi tak berani lagi nak makan. huwaaaa. gelinya cacing.

    ReplyDelete
  2. Hai Bloggers sekalian, Faiq ada buat satu Segmen Pencarian Bloglist Faiq Najmi untuk diletakkan di blog Faiq. Jom join :)

    http://najmi-faiq.blogspot.my/2018/02/segmen-pencarian-bloglist-faiq-najmi.html

    ReplyDelete
  3. baca sini baru teringat nak kena makan ubat cacing dah sebab dah cukup tempoh
    hehe

    ReplyDelete
  4. errr. lamanya tak makan ubat cacinggggg. kena beli nii

    ReplyDelete
  5. Video Bokep Indo | Nonton Film Bokep Gratis
    Nonton Online Video Bokep Streaming
    Nonton film bokep streaming terbaru di bokepindohot.pw dimana bisa mencari video bokep abg, film bokep smu, film bokep abg cantik, film cewe seksi, abg montok, bokep indo, bokep online, bokep smp, video bokep jilbab.
    InstafollowGratis
    Mobile Legends Hack Gratis
    Steam Wallet Gratis
    Clash Of Clans Hack Gratis
    Clash Royale Hack Gratis
    iPhone X Gratis

    ReplyDelete

Follow by Email

@templatesyard