Hungry? faster samosa homemade?! - Whisper of zlyn

Instagram

Sunday, August 6, 2017

Hungry? faster samosa homemade?!

Lapar, dan asyik lapar kalau petang-petang nak makan apa?! nak keluar beli goreng pisang or keropok lekor malas? ye kita dalam golongan sama malas untuk keluar beli makanan haha. Okey buat homemade sahaja senang. Kali ini nak share pasal buat homemade samosa not so samosa bedal je la nak panggil apa pun inti dia kari daging. Simple gila serious ini tak payah nak berpeluh sakan sangat kalau masuk dapur tu.

first benda penting kulit popia lah untuk balut dia kalau nak buat samosa kena cari panjang or besar sikit ini yang sis beli empat segi kecik konon dulu nak buat kuih raya popia nestum tapi hanya angan-angan dicapai angin sahaja.

Secondly kena pikir korang nak bahan apa dalam dia kalau nak daging so sediakan daging cincang kalau ayam, ayam cincanglah ye yang senang. Second kentang korang rebuslah dia dulu molekmolek senang nanti tak adalah keras je nak makan, and kalau nak sihat sikit letak lah sayur bersesuaian.



Macam sis letak carrot sahaja, and then rebus lah bersaama kentang tadi. okey dah biarkan dia rebus tu sediakan bahan untuk ditumis like bawang merah , bawah putih dipotong dadu kecikkecik ye karang tersedak nak makan . Dah ready korang boleh start masak kari dengan bahan semua tu tadi jangan berair pula ye masak kari kering punya je.

Dah siap korang boleh biarkan seketika bagi sejuk korang kopek dulu kulit popia tu. Beres semua balutla macam macam cara korang nak pon asalkan menjadi elok dan molek jangan sampai isi terkeluar dan kalau nak lekatkan letak tepung yang dicapur air CALIT sikit je jangan bubuh banyak pula.

settle habiskan semua korang boleh goreng actually kulit popia kena letak macam kain basah tapi sis tak buat sebab malas emm kan dah cakap dekat atas tadi malas. ahaha okey tapi alhamdulilah berjaya first try walaupun bukan seorang yang terror masak.  Sekian sahaja korang boleh try memang buat dia tak berpeluk ketiak pon kejap sangat dan siap terus boleh makan .


3 comments:

  1. Mudahkan nak buat samosa ni . Yang penting kena rajin saje

    ReplyDelete
  2. tak pernah try Samosa pun sebelum ni TT^TT kalau popia pernah le TT^TT

    bunyi dia macam A Famosa btw.. etto... ahahahaha ignore what I said just now.. XD

    ReplyDelete

Follow by Email

@templatesyard