Resepi mudah Puding Roti Kastard - Whisper of zlyn

Sunday, March 10, 2019

Resepi mudah Puding Roti Kastard

Bila agak-agak tekak tu teringin nak makan untuk minum petang ataupun untuk makan malam sebagai pencuci mulut tapi malas la nak buat yang leceh-lecehkan. Lagi lagi bagi sis yang tak berapa nak rajin masuk dapur ini. Ting idea nak makan roti puding terus pergi beli alang-alang dah kat luar masa tu.


Bahan-Bahan yang diperlukan

A- Roti 8-10 keping (jenama suka hati korang ye)
   - Kismis
   - coklat cip ( bergantung pada masing-masing)




B ( untuk rendam roti / tuang pada roti)
    - 3 cawan susu segar / sekotak susu segar saiz kecil
    - 4 sudu gula
    - 2 biji telur
    - 2 sudu mentega


1) koyakkan roti-roti tadi dan letak dalam loyang.
2) Sambil tu boleh terus panaskan periuk dan masukkan semua bahan-bahan B (guna api kecik) kacau sampai sebati tetapi tak payah sampai mendidih dan jangan sampai telur masak pula panasnya tu.
3) Lepas dah siap step 2, terus tuang bahan B tadi kat atas bahan A dan letak coklat chip and kismis.
   (macam sis letak sikit2 dekat dalam roti tuu takdela kat atas je)

 4) panaskan oven terlebih dahulu supaya haba sekata keseluruh ruang oven itu.
 5 ) Masukkan aduan bahan a and b yang dah siap tadi ke dalam oven dengan guna suhu 200 celcius selama 45minit.

sementara tunggu siap masak dah boleh buat kuah kastardnya dan nanti boleh simpan sejuk2 gitu.

Bahan C ( kuah kastard)
- 1 tin susu cair
- 2 sudu tepung kastad ( tapi sis guna lebih sikit sebab suka pekat dalam 3 1/2 sudu)
- 4 sudu gula ( kalau rasa manis sgt blh kurangkan or tambah ikut korang punya suka)
- 3/4 cawan air

lepas tu korang boleh terus masukkan semua ini dan kacau supaya sebati sehingga pekat . Kalau dah mendidih boleh tutup. kalau suka kuah sejuk2 boleh simpan peti ais nanti makan pon macam nyumm je kuah sejuk dia. ikut masing-masing ye.
Selamat mencuba :)

6 comments:

  1. selalu sgt resipi puding roti naik dkt wall fb, ni kat sini pulak. alahai kena try ni :)

    ReplyDelete
  2. baca post ini rasa nak buat pula hehehehe

    https://insyirahanorpiah.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Ehhh okk saya ingatkan tepung kastad tu masuk kat roti.. rupanya untuk buat kuah.. haha selama ni men taram je buaatt.. mekasih zlyn..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..

    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete
  5. im thinking of starting to cook back after so long. been making simple recipes these days. this looks good

    ReplyDelete
  6. wooot woottt, selalu gak buat puding roti ni. favourite! :D

    ReplyDelete

Follow by Email

@templatesyard