Resepi Murtabak Maggi - Whisper of zlyn

Monday, July 8, 2019

Resepi Murtabak Maggi

                Kembali dengan update pasal makanan je la, nak update pasal bercuti tak pergi-pergi bercutinya even dah start cuti sem. *Pity mood* Kali ini nak share Resepi Murtabak Maggi yang sangat-sangat mudah lagi-lagi kalau siapa yang teringin murtabak dan pada masa yang sama nak makan maggi juga! Dilema kan, dah takyah rungsing gemok kalau nak makan both, apakata gabungkan je kan mudah.

                Tertiba je terfikir nak makan petang tadi disebabkan cuaca pula mendung hujan, kita yang dalam umah pula lapar. Check bahan semua ada ke tak and zapp terus je buat. *boleh makan untuk 2-4orang

Bahan-bahan yang diperlukan :
-Telur 4biji nak 5biji pon boleh
-bawang (potong dadu boleh hiris pon boleh *ikut kesukaan anda*)
-lada sulah sikit
-2packed maggi
-minyak sapi (kalau takde pakai minyak biasa pun blh)
first korang potong hiris bawang merah jangan besar-besar sangat, pecahkan telur, letak serbuk perencah maggi , lada sulah 
-then korang boleh pukul kasi sebati
- Kalau nak lagi sedap dan tak muak sangat tambah hirisan ayam macam bawah ni sis rendam dalam air panas bagi masak sikit.

-Dalam sibuk sebatikan aduanan tadi, jangan lupa pergi rebus maggi tadi jangan sampai kembang ye anak-anak nanti tak sedap.
-Lepas dah rebus tu tos kan airnya kejap dan korang boleh tuang dalam adunan telur tu semua.
-Apa tunggu lagi gaul bagi maggi tu semua direndam dan sekata.



             Last step korang hanya perlu on kan api dan letakkan sedikit minyak sapi atau pun minyak apa-apa yang korang nak guna asalkan selamat untuk masakan jangan pula guna minyak panas yee. Bila kuali dah panas korang tuang semua dalam periuk tapi kalau nak buat size kecik bahagikanlah dua ye aduanan tadi. Api jangan terlampau besar, sederhana supaya fully masak takmau la luar je yang garing hangit tapi dalam tak masakkan. Chill jap pergi basuh pinggan pastu terus terbalikkan dia dengan penuh hati-hati ye, and jangan lupa letak minyak sikit tepi tepi and masa nak terbalikkan tu letak sikit minyak kt tengah supaya nanti tak hangit tengah sebab takde minyak. Disarankan guna non stick punya kuali ye.


Tada dah siap atas sebelah kiri dah siap letak atas pinggan untuk hidang tapi yang kanan ni dalam kuali. Maafkan saya selekeh sikit tak berapa nak cun bentuknya hahaha. Masa tuang tu korang kena set bebetul maggi jangan macam ni terkeluar sikit tak cun dah.  Lepas dah hidang korang boleh potong dan makan, tapi siapa suka makan dengan sos pon boleh.

-Sesiapa nak add on cheese masa masak tu pon boleh sebelum pusing tu, tapi takut nanti muak pula kalau yang tak minat cheese, so macam ini je pon dah okey.

 Rupa apabila dipotong dan sedia untuk dimakan. Tadaa dah siap, mudah je bahan pon tak susah nak dapat janji ada maggi dan telur.

 Sekian sahaja resepi yang tidak seberapa ini, Mana tau yang duduk rumah sorang tertiba nak kena masakkan korang boleh try resepi ini mudah dan siapa tak reti masak and ini first time nak masak boleh cuba.

4 comments:

  1. dok wat gak kat rumah sbb mudah.. 1st time datang sini. done follow.. jemput singgah dan followback.. terima kasih :)

    ReplyDelete
  2. Heheh ini menu favorite time sekolah dulu dulu.

    ReplyDelete
  3. lama gak cari kedai org jual murtabak megi ni. Akhirnya ada org share resepi. boleh buat sendiri je la lain kali. thanks.

    ReplyDelete

@templatesyard