contact lens - Whisper of zlyn

Instagram

Monday, December 12, 2016

contact lens

Mari cik akak share serba sikit mengenai contact lens ataupun kata lengkap.
poyo gila , okey sebenarnya diri sendiri pon masih terkial-kial lagi dalam benda tu .
tapi kita boleh kongsilah apa-apa yang kita tahu bersama..

First things janganlah beli sesuka hati lens tu , kalau takde power jangan dok gatal-gatal pakai yang ada power. Ada dengar cerita yang takrabun saja la nak melawa pakai lens yang beli satu pasang rm20 tu terus dapat rabun.. hoihi bahaya kak woi .. mata kot . Orang kata lah jangan kerana nak lawa kita bedal segalanya tak kira elok ka tak . karang dah kena baru menyesal. Tak best pon bila rabun tahu semuanya terseksa. Bila rabun rasa seperti ada sesuatu yang menghalang takcaya pergilah tanya orang2 yang rabun hahaha..

  • Nak beli lens kenalah check power dulu and beli power yang bersesuai sebab kalau power lens tinggi sangat dari rabun sebenar pon boleh sakit kepala woi. Jangan cakap akak tak habak ea. Tapi kalau kita pakai spec (cermin mata) and lens pon kena ambil berat juga pasal sesetengah orang dia taknak tukar power cermin mata dia yang power sangatlah rendah contohnya power spec dia 200 something tapi current power dia dah cecah 600 ahh kalau beli lens kita tak boleh ambik yang power 550 macam biasa kurangkan 50 dari yang salah malah kena ambik dlm pertengahan power spec dengan current power . stress kan ..

Eloklah kalau korang yang nak pakai lens tu pergi kedai cermin mata ataupun beli di website yang rasmi jual contact lens. Janganlah cekau je mana2 yang murah.

  • Expired date juga perlu dititikberatkan , eh dia ada tarikh luput juga ke , mestilah ada adik oiii..cubalah check dulu ahh, dia boleh pakai untuk daily ke monthly ke 3month ke , Tapi walaupon dia boleh pakai 3month punya kalau dah takselesa rasa macam rimas je mata tu, berhentilah dari terus pakai tukar lens yang baru, biarlah rugi sikit dari rugi bila mata dah rosak lagi parahh ahh mana satu yang korang sayang. Dengan mata sendiri pon nak berkira ke ?! mata korang nak pakai lama.


  • Lens koyak .. Kalau lens dah koyak memang semestinyalah korang kena tukar baru pasai apa?! dah koyak kot dik tak kan kau nak pakai lagi. Kadang-kadang dia koyak masa kita nak pakai , tapi ada juga bila dah pakai dia koyak dan mata kita rasa sangat tak selesa bahkan ewahhh bahkan kau, mata kita macam kelip2 dan berair macam nak nangis . haha
JANGAN TIDUR KALAU PAKAI LENS!
Mata juga perlu bernafas, kalau korang bangun tidur masa guna lens konfirm korang akan rasa mata korang keringkan , ahh kadang-kadang lens juga boleh lari dari kedudukan asal , bahaya wei
Ada kawan akak tu, dia ingat dah cabut lens rupanya takcabut pon dah berapa banyaklah wei.. sampai satu tahap muka dia macam kena strok , kesian wei , so korang berhati-hatilah jangan dok gatai bawa lens tu tidur walaupun dia cakap boleh tidur. DAN KENA OPERATE GRR SAKITNYAAAAA

Minum air juga perlu cukup sebab kita sendiri boleh rasa kalau takcukup air dan akan rasa kering sangat mata. korang juga jangan lupa eyemore untuk basahkan mata.


ok setakat ini sahaja. Gambar2 takdapat disertakan disebabkan line internet sangat slow maklumlah pakai wifi u haha 

No comments:

Follow by Email

@templatesyard