February 2017 - Whisper of zlyn

Sunday, February 26, 2017

Sebab dan Cara Mengecilkan pores atau pori
Assalamualaikum nak share beberapa tips lah untuk mengecilkan poripori , mula-mula stress dengan jerawat ye takk ahh sekarang stress dengan bekas jerawat tambah pula pori-pori muka (pore) makin membesar pula omg , seriously kita jatuh level of confident, laki atau perempuan mengalami masalah yang sama tapi yang girls lah lagi tertekan kan , ahhh siapa je yang tak nak cantikkan , nak muka yang bersih tanpa cacat cela, nak flawlesss !!!!!  GIVE ME FLAWLESS FACE PLS!

Dah-dah jangan stress-stress, tapi nak cantik pun perlukan effort juga , banyak je cara dengan mengunakan wang ataupun secara yang tak perlu keluar duit banyakbanyak .
Tapi sebelum itu maybe ada yang masih tertanya-tanya apa tu pori kan ... 

Pori-pori adalah sebuah rongga kecil yang menjadi akses pernapasan kulit. Dengan adanya pori-pori maka kulit bisa melakukan proses metabolisme dan regenerasi dengan mudah. Namun kerap sekali muncul masalah pori-pori besar, terutama pada bagian wajah.

Terkadang pori-pori wajah yang besar membuat kita merasa jengkel, kesal.


Punca-punca pori membesar ! (Take Note)

1.- Kotoran

Kurang menjaga kebersihan juga bisa menjadi penyebab pori wajah menjadi besar. Kotoran seperti sisa make up, debu, sisa, dan yang lain-lain akan berkumpul dan bersarang pada bahagian pori muka okey . Semakin lama kotoran tersebut lekat pada kulit kita ia akan menyebabkan pori membesar. Apabila kamu jarang membersihkan kulit wajah, maka pori wajahmu akan lebih membesar.
2. - Sinar matahari siang
Ketika pagi hari, biasanya kita akan mendapatkan manfaat sinar matahari, namun bila sudah melebihi pukul 10.00pagi maka sinar matahari tersebut akan berubah menjadi senjata mematikan untuk kulit kita. Pancaran sinar matahari siang dapat menyebabkan pori membesar. Bahkan jika kulit terkena pancaran selama berjam-jam, kulit kamu akan mengalami keradangan dan cancer kulit. Tambah pula sekarang ni lapisan ozon yang makin menipis dan matahari pun makin terik memancar. Kalau yang kena bersukan tu janganlah lupa pakai sunblock okey
3. Minyak berlebihan
Minyak sangatlah berguna untuk kulit, kerana minyak dapat menjadi pelembab kulit secara alami dan mencegahnya dari kekeringan kulit. Akan tetapi apabila minyak tersebut diproduksi dalam jumlah besar/berlebihan, maka akan menyebabkan pori menjadi bertambah besar. Jika memiliki minyak berlebih, biasanya itu adalah penyebab pori wajah membesar selama ini tanpa kita sedar.
4. - Pertumbuhan bakteria pada kulit
Adanya bakteria,dan kuman merupakan penyebab munculnya pori wajah membesar yang cukup membahayakan. Sebab selain menyebabkan munculnya masalah pori, adanya bakteria tersebut juga cukup berisiko menyebabkan munculnya masalah jerawat dan bintik hitam di wajah.
5. - Produk kecantikan
Memang sebahagian produk kecantikan akan membuat kulit muka kita nampak cantik, mulus, dan bersinar. Namun apabila produk kecantikan tersebut tidak bersesuai dengan jenis kulit akan menyebabkan pori-pori wajah membesar. Oleh sebab itu, pastikan dulu produk kecantikan yang kamu gunakan sudah bersesuaian dengan jenis kulit. Jangan main guna je manamana produk tanpa tahu masalah kulit kita dan jangan terikut dengan review artis tentang produk , bergantung pada kulit masing-masing sebab bukan semua kulit muka kita sama dan kadang-kadang diaorang takguna pon just promote ! so Behave , cari yang sesuai dengan muka korang.


Cara Mengecilkan pori

1.) Menjaga Kebersihan WajahPenyebab utama yang mengakibatkan pori-pori terlihat besar yakni ketika ada kotoran yang tersumbat pada bagian kulit wajah. Maka dari itu, dianjurkan untuk selalu membersihkan bahagian wajah yang disertai juga pemakaian pelembab, Saat membersihkan wajah dari sabun/pencuci muka, sebaiknya menggunakan air sejuk kerana air sejuk bisa berguna untuk mengecilkan pori-pori pada wajah.2). Lemon Cara mengecilkan pori-pori bisa dengan menggunakan lemon. Penggunaanya pun juga sangat mudah dengan menggunakan perahan dari setengah buah lemon kemudian disapukan air perahan lemon tersebut pada bahagian wajah. Lemon adalah cara yang mudah dan murah membantu mengecilkan kembali pori-pori kulit dan juga memiliki fungsi sebagai bahan yang boleh memutihkan wajah.3.) Tomato

Selain lemon, tomato juga boleh digunakan untuk mengecilkan pori-pori dengan menumbuk tomato ataupun blander sahaja hingga halus dan setelah itu korang boleh sapu pada bahagian wajah dan biarkan beberapa minit tapi jangan lupa sebelum letak tu muka kena bersih , cuci dulu dengan air. Setelah itu bersihkan wajah dengan menggunakan air panas ataupun suam dan mencuci muka korang dengan menggunakan pembersih muka yang bergunakan untuk menghilangkan sisa-sisa tumbukan tomato tadi. Jangan lupa untuk membilas wajah dengan air sejuk hingga bersih. Jangan dibiarkan lama-lama pula sampai esok pagi baru nak basuh berjam-jam okey . lagi sekali NO.
4). Air batu (ice cube)

air batu adalah ubat yang cepat untuk merangsang peredaran darah dan menjadikan kulit korang lebih sihat. Mencuci wajah menggunakan ice mampu mengecilkan pori-pori, hal tersebut kerana sifat dingin dari ice yang dapat dijadikan toner semula jadi. Untuk mendapatkan manfaat lebih, Anda dapat menggabungkan ice dengan lemon dan tomato. Cara ini boleh digunakan oleh siapa saja, kecuali orang-orang yang sedang mengidap penyakit tertentu.
5). Madu
Madu sangat bagus untuk kulit, kerana memiliki sifat penyembuhan antibakteria. Di dalam madu terdapat calcium yang tinggi yang mampu membunuh bakteria yang biasanya dapat menyumbat pori-pori. Di sisi lain, yogurt merupakan sumber yang baik dengan cara membuat kulit Anda terkelupas dan membersihkan pori-pori. Membuat combo yoghurt dan madu, kemudian sapukan sekata pada pori-pori dan diamkan selama beberapa minit. Setelah itu, bilas dengan air yang bersih.

6). Gula dan Minyak Zaitun
Ambil 2 sendok makan gula, tambahkan 1 sendok makan minyak zaitun kemudian tambahkan lagi beberapa tetes jus lemon. Campur semua bahan hingga lembut, kemudian gosok di wajah Anda selama 20 sampai 30 detik. Bersihkan dengan air dingin. Untuk hasil yang lebih baik, gunakan ramuan ini sekali dalam seminggu.

 7).Putih Telur
Putih telur dapat memulihkan kulit dan mengecilkan pori-pori. Sapukan putih telur di seluruh wajah kemudian tutupi dengan tisu. Ketika masker telur benar-benar mengering, lepaskan tisu pada wajah. Ini adalah cara mencegah pori-pori wajah membesar serta membantu mencantikan kulit wajah serta mengangkat kotoran yang menempel di wajah.



*tangan kotor janganlah sentuh-sentuh muka 
*jangan malas basuh muka
*angin pon bawa kekotoran itu yang melekat kat muka
*rajin sikit cuci muka tu

setakat ini sahaja tq

Saturday, February 25, 2017

Nasi Goreng Udang Viral

Kali ini nak share port makan yang viral kat laman sosial. Siapa je yang tak tahu kalau cakap pasal NASI GORENG UDANG yang kat ipoh tu. Kitaorang pergi pon guna waze yela tak sure mana satu , kedai dia boleh dikira warong la bukannya restoran yang seperti korang bayangkan tapi dia punya udang memang tiptop banyak gila nak mati. (alamak terspoil pula). Kedai ini area ktm ipoh jugalah berhampiran dengan perpustaakan yang kat ipoh tu apatah nama dia .

 korang boleh try okey cari tapi dia buka dari petang sampai malam janganlah pula ada yang mengidam pada pagipagi buta mahupun tengahari pula , karang salahkan aku sebab kedai itu tutup ,tampar karang baru tau .

 Korang boleh scroll gambarnya kat bawah ni ada menu bersertakan harga sekali , boleh lah buat bajet awal korang haha. But seriously korang nak jumpa nasi pon susah sebab banyak sesangat udang dia sampai penat nak makan. Agak berbaloilah dengan harga dia , Nak try sotong but ikut hari semalam aku pergi tak ada pon sotongnya so makan la udang ni . Ada orang kata dulu harga baru Rm10.50 macam tu tapi semalam aku makan ambik kau capai Rm15.50 maybe disebabkan harga minyak dan barang naik for sure lah harga  makanan di kedai turut melonjak naik . Seperti tiada apa yang murah ketika ni .








For me nasi goreng dia biasa je but dia punya jumlah udang yang buat korang rasa wow tanpa henti , bagi siapa-siapa yang tak suka makan nasi goreng Udang ada je nasi lain janganlah gaduh kalau husbend ke wife or adik ke abang ke mak ke sesiapa yang ajak tu sebab banyak je menu lain, ada juga chicken chop fish and chip.. satey pon ada okey , yong tau fu pun ada juga ,
peminat air kelapa pun ada okey banyak stok dia , korang duduk je tengok tempat buat air dia masyaAllah banyaknya kelapa hahaha okey bye.

Korang should try ahh sekali sekala food hunting






Saturday, February 18, 2017

Tips Merawat Masalah Jerawat !
Hello and Assalamualaikum , today i would like to share some tips with you guys. Siapa saja yang tidak ada jerawat. Lagilagi hari yang penting bagi kita timetime tu lah nak munculkan diri dia kat muka .. Ramai je stress kalau jerawat ( pimple / acne ) !

PUNCA-PUNCA JERAWAT TUMBUH

1. Masalah hormon

Bagi seorang remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Disebabkan tulah kalau kita tengok hari ini lebih ramai dari kalangan remaja perempuan dan awal dewasa yang mengalami masalah jerawat berbanding wanita dewasa. Walaubagaimanapun, kebiasaannya, liang sebaceous yang hasilkan sebum ni akan semakin berkurangan apabila meningkat dewasa.


2. Stress

Percaya atau tidak, lagi anda stress, lagi banyaklah jerawat yang akan keluar. Berterusan dalam stress hanya akan memburukkan lagi simptom jerawat anda. Walaubagaimanapun, dengan rawatan yang betul, jerawat masih boleh dicegah. Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. Hal ini kerana adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress dan menjadi punca lebih banyak jerawat yang keluar.

3. Pengambilan makanan

Isu pemakanan jadi punca jerawat sebenarnya masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Tapi memandangkan diet pemakanan kita mempunyai kesan langsung terhadap insulin dalam badan kita, maka ia juga boleh mempengaruhi hormon-hormon lain dalam tubuh termasuklah hormon androgen tadi. So, secara tak langsung, adalah juga kaitannya pemakanan kita tadi sebagai penyebab pertumbuhan jerawat. Seeloknya elakkan makanan yang berminyak dan pedas. Makanan pedas jika selalu diambil boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat.


4. Masalah Jangkitan Bakteria

Terdapat bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes. Ini adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Oleh itu, berhati-hati semasa menyentuh jerawat kerana ia boleh memindahkan  bakteria ini ke bahagian yang lain pula.

5. Penggunaan kosmetik dan alat solek

Jika anda selalu menggunakan alat solek dan kosmetik pada wajah, tetapi tidak membersihkannya dengan baik, maka ini boleh menjadi penyebab tumbuhnya jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan semulajadi untuk kulit lebih sihat. Memilih alat solek yang mengandungi bahan terlarang dan merbahaya hanya akan memburukkan lagi keadaan anda.

6. Pancaran cahaya matahari

Sebenarnya cahaya matahari bukanlah penyebab utama masalah jerawat. Walaubagaimanapun, haba yang dihasilkan oleh cahaya matahari kepada anda boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyebabkan liang roma anda juga tersumbat.

7. Pakaian

Haa..jangan tak tau..pakaian anda juga boleh jadi punca anda ditumbuhi jerawat terutamanya pada bahagian belakang badan. Belakang badan kita juga mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum dan minyak. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai dengan iklim tropika di Malaysia ni. Pakaian yang sesuai ialah yang memudahkan pengudaraan pada kulit anda dan bersih. Bukanlah bermaksud anda perlu mendedahkan aurat yer..Menurut satu kajian, memakai pakaian tertutup yang tidak mendedahkan kulit anda secara langsung semasa keluar boleh mengelakkan masalah seperti kanser kulit dan jangkitan bakteria akibat pencemaran. Itulah salah satu hikmahnya orang Islam disuruh menutup aurat..selain menjaga maruah dan keaiban diri(Mendedahkan parut dan sebagainya yang tidak elok dilihat). Orang yang malas mandi juga lebih berisiko mendapat jerawat pada bahagian badan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Korang boleh try la ubat dari farmasi atau pun secara tradisional sebab aku beli direct kat farmasi . Selepas fedup mencuba pelbagai cara untuk kecikkan jerawat mahupun menghalau acne from my face.  Jerawat ini banyak tahap dia ada yang biasa je sikit-sikit , ada juga yang teruk penuh satu muka . Aku mengalami sederhana je kot tapi still kronik la bagi aku haha sebabnya jerawat akan tumbuh at the same spot and if one go down another will grow up :'( .
Kadang-Kadang satu jerawat boleh ada dua tiga jerawat dan nak tunggu pecah memang ambik masa yang sangat lama . Aku guna kan Benzac AC 2.5%  itupun disarankan oleh farmasi lah selepas dia tengok jerawat kat muka aku tapi aku rasa macam tersalah timing pula pergi masa jerawat aku tak membiak dengan aktif pula hahaha .. ada dua jenis macam kt bawah ni .. satu yang 2.5% dan 5%. Rasanya 5% ini lagi kuat dan lebih berkesan berbanding 2.5% . 

If tak berkesan kauorang boleh try pergi balik ke farmasi tu untuk rujuk balik . So far okey tapi sebab 2.5% ni macam kurang dengan aku sebab akak aku pakai letak kat jerawat dia elok je esoknya dah pecah tapi aku ambik masa lama wei .. tapi dia surut sikit demi sedikit bila letak twice a day.
Harga dia okey lah dengan around Rm20 ++ macam tu lah . sebab boleh guna lama okey takkan habis dalam seminggu dua . korang boleh cari sendiri lah how to use it or farmasi akan inform how to wear it . but make sure you clean your face first dont just simply put.


Aku ada gayakan botol hahaha .. tapi maaflah terbalik pula pegang ubat jerawat malunya omg ! korang nak mudah just apply je kat jerawat takperlu bersusah payah nak bertumbuh berpeluh ketiak semata nak cantik , sekarang dah modern macam macam cara korang boleh pilih.


Ramai je sarankan guna oxy but depends la on your skin mana yang lebih mudah dan berkesan but jangan lah ambik remeh juga atas masalah ini maybe will effect your skin forever tak ke menangis tak berlagu nanti ahhh .. jenis yang okey dengan oxy boleh lah try tapi jerawat degil aku memang takberkesan dengan oxy maaf bukan nak merendah or apaapa kan . :)



Saturday, February 11, 2017

Function Instagram story
Entry kali ini nak share cerita berkaitan instagram pula .. fuhh banyak dah lama sosial yang sedang hangat melawan-lawan demi mencari pelangan yang tetap . mana kan tidak setiap kali kita guna pencipta sesuatu apps itu akan dapat duit wei .. $$$$ macam microsoftword juga setiap kali korang tekan je nak guna dalam laptop ataupun pc korang dia akan dapat duit saja saja je ... goyang kaki duit masuk tu mana tak masyuk ..


tengok logo instagram je dah lain .. dari coklat jadi fully with colour di situ je kita dah boleh nampak tranformation dia okey (gambar atas tu ) jangan tercari mana pula eh ahha


ok back to topic , instagram yang latest ini ada macam macam kan .. mulamula just post gambar macam biasa then upgrade kepada boleh post video pendek berapa saat macam tu lepas tu boleh naik kepada video around 2 minute if i not mistake . Sekarang dah ada insta story yang lebih kurang snapchat , kat instastory tu korang boleh upload gambar, upload video, upload video with handfree (tak yah gagah nak rakam kena tekan je ) , siap ada boomerang okey ahh nak macam macam gaya gambar gerak pon bisa aja. yang paling latest boleh buat live (macam retis je kan)



ni untuk video korang takperlu tekan je sepanjang rakam hanya sekali click (ecehhh ) dah boleh rakam tak penat2 

bagi yang nak update live tu boleh guna live insta ini tapi ahhh ada tapi mana boleh senang2 kan .. korang kena ada line internet yang kuat jangan harap lah kalau line macam siput buka ig pon takboleh ada hati nak buka live pula ... live ini kadangkadang akan jadi tak clear bila line korang atau line orang yang tengok tu tak power ,. biasanya line kita yang membuat live ni

step dia korang tekan je start live video itu then tunggu berapa saat dia akan tulis kan screen checking connection kalau strong enough internet connection akan bergalih kepada 3 2 1 untuk korang sedia lah nak live kan ... jangan gelabah tau kalau tak boleh live sebab faktor2 tertentu dulu kena check

Korang boleh tengok berapa ramai view yang tengok live korang, orang boleh reply and pin kan apa korang reply tau .. kalau korang buat live diaorg tanya kat comment takyahlah balas kat comment korang balas dengan jawab kt live je sebab diaorg tengok dan dengar apasahaja korang tengah buat tu ye


macam ni akhir sekali instagram akan hantar report kat korang bila ended video so boleh tahu la berapa orang yang join live korang tu (sorry view aku sikit) semakin lama live maybe akan ramailah keluar masuk orang tengok tu .. dan korang nak live jangan background sepah macam tongkang pecah pula malu tau nanti .


sekian sahaja pasal instagram .. terima kasih (jom buat live ) hehehe




Thursday, February 9, 2017

11:52 AM

Mee Ruski

by
Mee Ruski
hi today i will do my own review on mee ruski tomyam, for surely ramai yang takpernah dengar and tahu pon sebab aku sendiri pon baru tahu tentang kewujudan mee ruski ni haha. As usual la mee ruski ni macam mee segera yang lain juga boleh boil ataupun tuang air panas je . ahh kalau sesiapa yang masih belum pass masak meggi tu jangan risau kat belakang setiap packaging tu ada tulis step step jangan gelabah kalau tak reti masak okey. Bagi yang masih tertanya tanya dan terpinga - pinga apa tu mee ruski boleh check it out gambar bawah ni usah risau akak dah sediakan gambar .

mee ruski ni ada dua jenis kalau yang perisa tom yam ni tau .. ada satu lagi warna hijau macam tu tapi takpernah cuba lagi sebab ini pon first time makan wei sebab ada orang kata sedap sangat hahaha dan yang bawah ni rupa dia selepas keluar dari plastik dia like seriously aku tengok macam mami tu ahh alaahhh jajan mami takkan korang taktahu dan dia bau pon macam lebih kurang haha buatkan aku nak try makan macam tu je macam orang-orang korea yang makan tanpa masak tu ..


 ini lah hasil bila dah masak ahh seriously dia takde wax macam samyang tu .. kalau korang perasan masa rendam samyang akan ada putih2 terkopek dari mee samyang ahh tu la wax wei .. ok back to mee ruski rasa dia sedaplah lain dari meegi biasa tu .. taktahu nak cakap macam mana but you guys should try it. aku rasa lepas makan macam tak kenyang tapi tunggu kejap sikit baru rasa kenyang ok ini tak tipu . Nak tahu macam mana rasa dia korang kena try rasa sendiri okey!

Mee ruski ini boleh didapati dibeberapa tempat je seperti aeon . Kedai-kedai biasa ada juga aku usha tapi takde senang kata susah sikit la nak dapat , korang kena cari dekat aeon je la setakat ini yang aku tau .. okey selamat mencuba 😘

Saturday, February 4, 2017

The Windmill Station Batu Pahat
          Hi and Selamat Pagi ! Pada entry kali ini nak share tempat makanan yang lain sikit . Aku pun baru pertama kalinya pergi makan kat TWS ( The Windmill Station ) kat Batu Pahat , ada je cawangan lain kat tempat lain korang boleh la google . Selama ni tengok je dari jauh sebab tengok macam takhalal sebab macam takde orang melayu je kan .. tapi sebenarnya Halal okeyyyyyy

        Environment kedai pun agak cun juga cuma agak ramai lah masa tu pergi a day after CNY. Makanan pun sedap juga not bad and the price cun juga lah kot takde la mahal sangat macam restoran lain (maybe)

ini chicken and beef  dalam harga rm22 or 23 macam tu untuk ada dua dalam satu dish omg .. ada la combination lain , ada yang double chicken chop, double fish and chip, fish & chip with chicken chop .. ahh kat situ korang boleh lah pilih mana mana korang nak .. kalau yang dua ni dalam range rm18 until rm26 kot taksilap

 Yang ini pula chicken chop biasa je (grill chicken chop) ok not bad lah rasa dia dalam harga RM13 macam tu
 side dish banana split aummmm sedapnya okey .. pisang dia pun okey je sabab ada tempat yang bagi pisang takmasak lagi gila ke tak yuks haha .. tapi ini sedap 
dan yang bawah ni Chicken grill .. ini bahagian peha yang digrill and kuah dia ada mushroom sapa yang taksuka mushtoom tu hatihati hahaha

 Pada sesiapa yang ada kad parkson tu ahh baik bawa tau kalau nak pergi makan kt TWS ni sebabnya kauorang akan dapat 10% diskaun bukan sikit ehh banyak tu .
first ingatkan dapat point bila dapat resit baru tahu yang dapat diskaun yeayyyyy nasib baik bawa broo .. taksia- sia ..

Service pon not bad even ramai orang tapi cepat jugalah dapat makanan .
boleh bagi rate 8/10 lah rasanyaa

maybe lambat sikit pon atas faktor takcukup perkerja sebab hari tu ada nampak advertisment cari pekerja


setakat ini saja enjoy it .. jangan lupa try takrugii

#zlynfoodlover

boleh directly pergi ke instagram zlyn ← click je
atau boleh ke #zlynfoodlover

k bye 
food lover again
    Holla , muncul kembali dengan tajuk food lover .. ehh siapa sahaja yang tidak suka akan makanan bakk mai .. tidak ada yang mampu nak menolak makanan ya Allah nikmatnya makanan haha ok acah je.
   Dekat Pekan Semerah ini ada la warong ala ala cafe hipster kauu and nama dia " Warong Family & Bakery " kalau taksilap . Dia berdekatan dengan balai polis, sebelah dewan je . Taksilap dia hanya buka petang je kalau taksilap lah eaaa.. Baru je lagi dan owner dia cikgu aku dulu hahaha fuhhh Cikgu Zainab nama dia taniah kerana sudah memiliki cafe (tepuk tangan sikit) . Hari Rabu hari tu baru try kat kedai tu dengan yana ahh aku diangkut oleh yana . haha

ini lah menu yang ada.. ingatkan semua yang list ada tapi kat  hat atas tu ada tulis hari apa .. yang bahagian atas untuk main dish tu cuma ada hari jumaat dan sabtu (ok menangis sat) kecewa jugak sebab takde kan kitaorang kan pergi hari rabu seperti dimention kat atas tadi 

Harga dia pon oklah biasabiasa juga lah

ini one of the dish yang aku order .. Nampak macam cekodok kan tapi anda salah haha. tu sebenarnya meetball ada 6 ketul dengan harga RM5. 
oklah harga standard kan and  ramai lah budakbudak sekolah melepak , berdating kat cafe alala hipster tu .. sampai kena tunggu turn jugalah nak duduk tu .
Kedai tu baru buka so takbanyak tempat duduk sangat itu yang limited

Dengar kata akan di perbesarkan lagi or tambah kerusi meja kt luar santai2

oklah setakat itu sahaja makan di warong Family & Bakery

@templatesyard