2018 - Whisper of zlyn

Friday, October 26, 2018

Review Eat & Repeat Melaka
Halooo gais... agak bersarang dah blog lama tak update sebab busy dan berpisah jauh dengan laptop. But now nak update pasal Kedai Makan Eat & Repeat maybe ramai yang dah tahu.
First of all this now paid review okey. originally review punya sis payung

Last weekend, tak balik so macam orang gila kejap duduk rumah sewa (otak tepu)
Apalagi terus start kereta pergi Melaka Bandar bersejarah.
 Jalan dengan perut yang lapar dengan pantas terlintas kedai Eat & Repeat sebab selalu tengok member yang study UiTM Bandarayamelaka inii pergi makan.

Panasss je hati sis!
Terus pergi, location dia depan aeon Melaka ye anak-anak senang je.
Then korang terus boleh order sesampainya anda.

 Service pun okey dan harga dia hanya rm1.90 saja ye satu mangkuk memang sangat berbaloi dan sesangat la sedap. Kitaorang ingat akan sikit rupanya banyak jugalah dalam satu mangkuk tu.

Ayam tu actually kalau order 1 memang dapat satu ye dalam mangkuk tapi sis order 4 tu dapat 4 dalam satu mangkuk. Jangan ingat 4ketul satu mangkuk pula haha.

Menu dia tak banyak sangat pun desert pun ada. Air putih free layan diri sendiri jangan malas sangat nak pergi ambik yeeeeeee.
Tapi korang patut cuba nasi ayam rendang dia memang umppphhh gila.
Tak rugi beli dan rasa . 


yang kurang sis rasa adalah persekitaran dan suasana dalam kedai tu la kot.
Kipas dia macam tak rasa je masa hari tu pergi dah la melaka terkenal dengan kepanasan dunianya.
Hopefuly they can add more fans or change use aircond. (cehh mengada)

Overall sis boleh bagi 7.8/10

Friday, July 27, 2018

Mission Impossible Fallout
hello semua, kali ini nak review sikitlah pasal movie terbaru dan terhangat dipasaran pada minggu ini. This time layan cerita aksi yang sangat superlah . Paling peting korang tidak akan menyesal langsung untuk spend duit tengok cerita Mission Impossible Fallout. Dengan pelakon utamanya TOM CRUISE OMG.
Pada siapa yang tak tengok pun before this, still boleh paham dont worry okey just chill pergi beli tiket cepat jangan nak lambat-lambat. Cerita ini actually 26 July dah keluar and i watch it on that day sebab tak ramai orang kerja lagi kan. hahha dapat seat pun best cun je tengok tanpa gangguan dan tiada yang bawa anak merengek ke apa dalam tu.

Barisan artis pun de boom juga 
   


Cerita ini memang tak disangkalah dan sis lagi excited bila toward the end sebab memang wow sangat rasa macam nak tolong je enthan ini. Kesian tau workhard untuk selamatkan semua orang.
Paling tak disangka jumpa wife dia masa nak cari boom kat kamshir. 
(oppss terbocor sikit jalan cerita)

But seriously memang korang akan geram bila tahu siapa yang jahat sebenarnya. Tambah pula, orang atasan ethan yang baik tu mati masa nak tolong. so sad. 
Tapi takde lah sampai nak nangis teriak pula. dont worry takde lah sampai menitiskan air mata kecuali korang ni hati tisue sangatlah.


awwww tom cruise is my fav forever sepanjang dalam cerita ini. 😁😂

overall i love this movie and i give 9.5/10
sebab suka sangat time scene dia langgar lori masuk dalam air dengan yang naik helicopter tu.
like wowww 

Sesiapa yang tak tengok lagi boleh cepat-cepat book atau yang student go direct to wayang and show your student card to get cheap.
Selamat menonton okey yang dah tengok share sikit korang suka ke tak this movie in comment okey

Thursday, July 19, 2018

Hotel Transylvania 3 vs Incredibles 2
hello semua, nak share sedikit review movie cartoon yang terbaru dekat pawagam yang mesti semua tahu sebab cerita ini famous dan ramai menantikannya iaitu Hotel Transylvania 3 dengan Incredibles 2. Both cerita ini sangat-sangatlah cute.

Incredibles 2

Okey nak start share pasal incredibles 2 dulu sebab cerita tu yang keluar dulu dekat wayangkan. Pada sesiapa yang tak sempat tengok boleh pergi dalam masa yang terdekat ini takut nanti dah takde dekat wayang menyesal pula. Cerita pasal superhero pada yang tak tahu ini pasal apa jangan ternganga pula.
Seriously movie ini sangat cute sebab all the family members ada power yang tersendiri dan digunakan untuk menyelamatkan masyarakat setempat. Kali ini ada watak jahat dan mengambil kesempatan .. ala macam nak cerita semua je jalan cerita ini tau tapi nanti kena maki pula sebab spoil bocorkan. okey baik sis diam tak cerita lebih-lebih. 

Mula movie ini kat wayang dia pasang kartoon pau dan ia membuatkan sis confuse pada mulanya sebab macam aku salah masuk hall ke apa ini. Bukan cerita dia lain ke. Termanggu sendiri jugalah.

Lama sikit habis pau tu barulah mula. Seriously memang sangat cute and banyak moral yang boleh dipelajari dari movie ini. Antaranya saling membantu sama lain dan tetap berusaha untuk selamatkan keluarga yang memerlukan bantuan. But for me this movie agak slow sikit jalan cerita dialah. Rating i bagi this movie 8.3/10 . I still love the baby sebab ada power 

(aipp sempat lagi sis posing sebelum masuk hall)


Hotel Transylvania 3

Ini movie kartun yang ke dua dalam minggu ini sis pergi tengok ye. Sis sangat menantikan cerita ini selepas yang kedua agak lama jugalah. Darcula yang kahwin dengan manusia. But this time they going to vacation. 

  Seriously sangatlah lawa and wowww sangat tahu tempat diaorang pergi vacation tu. Agak lawak dan korang sure akan enjoy this movie. The part dia berlawan dengan musuh lamanya di laut ye. Darcula yang jatuh cinta untuk kali kedua like woww the code is zing . So cute.

   Sis sangat suka muzik dia yang masa DJ mainkan macam dekat club haha siapa tahu mana nak cari that song please comment. But for me macam pendek pula cerita ini sebab macam kejap sangat. Around 2 hour or less sahaja. Rating i boleh bagi cerita ini 9/10 la. 




Pada yang belum tengok pergi cepat-cepat jangan terlepas. I nak tengok uprising something like that tapi dekat wayang yang i pergi tu takde pula. Macam frustlah juga sebab gigih nak tengok dua movie sekali tapi takpelah. Lastly enjoy your movie

Friday, July 13, 2018

Maybank transfer ASNB / ASB
Haloo semua, okey hari ini nak bagi tips menabung pula la.. *acah je* haha tak lah sebenarnya nak share easy way to transfer terus duit ke dalam asb/ asnb dari Maybank. So lebih mudah dan korang tak perlu nak pergi ke asb ataupun pejabat pos.

Save your time babe tak perlu habiskan masa lagi dengan hanya menunggu dan membuang masa anda yang sangat berharga itu. Belum lagi yang pihak tertentu buat kerja lambat memang makin berkurunlah kita menangukk tunggu sambil kira biri-biri.

Pada sesiapa yang memang susah nak saving boleh dan amat digalakkan buka this account (asb) sebab kalau korang nak keluarkan memang fikir beribu kali okey. Asb juga ada yang buat financing tapi i tak nak masuk campur part tu sebab i memang tak tahu. hahaha boleh pergi rujuk bahagian sepatutnya kalau part itu.

Mesti ramaikan dah ada maybank online or cimb click pon boleh je sebenarnya. But i lebih prefer maybank lah.  Let me show you guys how to transfer. Ini untuk yang tak tahu lagi lahh ye anak-anak semua jangan nak kecam i pula kalau yang dah tahu tuu.

first step korang boleh log in maybank2u korang macam biasalah takkan itu pun nak ajarkan sebab mesti korang dah pro part tu.  Ini kalau korang guna maybank2u yang baru punya image ye.

1.Click PAY & TRANSFER kat hujung atas belah kanan tu
2. then keluar terus click transfer sebelah pay tu
3. Click anak panah kebawah to look more dekat transfer to
4. just pilih lah linked asnb tu kalau belum daftar kt maybank2u korang lagi just click button " +" link new ASNB tu ye. macam gambar bawah ni

  Nanti dah click untuk isi lagi maklumat untuk daftar korang punya asnb. please guna nombor yang baru ye bukan yang lama punya nanti problem pula tak boleh detect. Please isi betul2 jangan nanti tertansfer kepada orang lain pula dah case lain.  In addition korang boleh transfer berapa banyak pun korang nak.
itu sahaja stepnya mudahkan .  After this dah boleh transfer je kalau ada duit lebih senang je.

Buat yang nak juga guna maybank2u lama janganlah marah sis tunjuk juga ini stepnya okey. Supaya semua lebih mudah dan masa depan lebih terjamin dengan adanya simpanan.

step first memang korang kena log in lah apa lagi kan.
1. click dekat investment punya button warna kuning tuuu
2. Nampak tak ASNB unit trust tu? okey boleh tekan sekarang !


3. Dah tekan tu keluar rupa macam yang bawah ini. 
(bawah ini sis dah add )
4.  Boleh click add kt tepi bawah tu (Kalau yang belum and baru first time nak add tu .)
5.isi maklumat selengkapnya ic dengan apa tu semua. 

PERTANYAAN :
KALAU NAK ISI ASNB ANAK / MAK / SUAMI ISTERI pun boleh lagi mudah.
add je kat situ boleh banyak mana pun.


*last korang kena tengok status tu active ye selagi belum aktif korang relax dulu jangan gopoh gapah mengelabah kenapa tak boleh transfer . duit tak cukup ke apa ehh.. chill dulu tunggu status tu hijau and active!

So you guys dah boleh menabung dengan pantasnya kasi kaya. Janganlah asyik tambah then gatal hujung bulan keluarkan pula ehh. :) BYE semoga manfaat

Saturday, July 7, 2018

TurnUpTheGlow with ST.Ives scrub
    I think i didnt buy anything during Eid Mubarak but suddenly my mum told that i received a parcel. Mama siapa tanya lagi ada beli apa ni? I yang kat segamat lagi terfikir-fikir sambil merenung apa yang aku beli lagi? setahu ada dua barang je tapi satu cancel dan lagi satu dah dapat before raya hari tu. Nak tunggu balik macam tak sabar pula nak tahu. Yela sebab apa yang sampai sedangkan tak ada shopping online pun.
    When i arrived home, ofcouse i will go to my parcel, guess what when i open it, i got present from @stivesmalaysia @stivesskin . Im so happy like crazy sebab tak pernah dapat pun but this time so lucky. Let try pink lemon and mandarin orange scrub with 100% of natural exfoliants, extracts and moisturizers.
    Polish away skin's little imperfections. Infused with pink lemon and mandarin peel extracts, this citrusy scrub smoothes away dark spots and event out skin tone for positively Glowing Skin. I hope after using this my skin better and glowing. 
    I will update more on my instagram for next stage probability which to win ticket to California for two person😍. Wish me goodluck to win this chance! Thank you so much st.ives


#Turnuptheglow #nuffnang #stivessrub#stivesmalaysia #stivesmycaliforniaholiday#stivesmy #blogger

Friday, June 22, 2018

Review Simple Hydrating Light Moisturiser
First of all, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI gaiss... Dah lama tak update blog sebab busy. Sesiapa nak bagi duit raya boleh pm okey sedia untuk bagi no acc ni.

Before raya muka memang blackout terukk punya lah sampai sekarang tambah pula bulan puasa yang panas bak hang.. lagi lah kulit muka kering. Seriously macam nak nangis lagi berapa hari je nak raya time tu muka nak kering mengelupas bagai. Memang boleh nampak dia punya jenis mengelupas bukan sikit-sikit. Time tu pula watson dengan guardian berlumba-lumba buat sale kaw kaw punya sebab nak habiskan duit kita yang sedia dah kering ni.

Search and search lah apa yang boleh pulihkan kulit kering ini. I found this product. Before this memang dah ada juga usha usha jenama SIMPLE ini tapi harga dia boleh tahan yela kita ni hanya student bukan mampu sangat. Kena sedar diri bak orang kata "Ukur baju Dibadan Sendiri" jangan nak over kalau tak mampu.


Sangat-sangat smooth wei serious.. ini bukan paid review okey. Sendiri pakai punya and i love it. Selama ini ada pakai jenama cosmoderm but macam makin naik jerawat so i cari alternative yang lain. Serious memang pakai sikit je dah cukup untuk satu muka tau. Tak payah nak tepek banyak-banyak dan boleh lah pakai sunscreen pula lepas tu. Pasal sun screen nanti i post another update pasal tu.

Selama ini rasa moisturiser ini tak penting pun tapi sekarang memang penting. Simple Hydrating Light Moisturiser ini memang berbaloi dengan harga dia okey . Kalau ada sale pergilah cepat-cepat grab. Hari tu time sale tak sempat nak grab nangis tepi bucu.. Susah gila nak mencari benda ini. Sampai ke tesco baru dapat tu pun lepas berapa hari habis sale. hmmm

so sekarang muka iolls dah okey tak kering tapi still kena pakai lah as a routine babeh..  Nak selit post gambar raya lah jangan meluat pula. Masih tak terlambat kan nak wish selamat hari raya maaf zahir dan batin. Seperti di atas sesiapa nak bagi duit raya boleh dm kt ig or email okey :)
 Ye this ye my family ada tema pula.. tema kuning so terpaksalah pakai kuning menyala akibat tak pergi beli tudung raya dan lupa baju warna apa. hmm bedal je la tudung warna tu apalagi



Friday, May 11, 2018

Detik Bersejarah #pru14

Sedaya upaya tidak sentuh pasal politik, pada 9 mei 2018 adalah hari bersejarah buat Malaysia. Pilihanraya buat kali ke ini adalah yang paling sengit sekali, rata-rata rakyat Malaysia stay depan tv sampai keluar keputusan official. Mengikut statistik, peratus rakyat pengundi juga meningkat dari sebelum ini walaupun dibuat pada hari Rabu.

Sehingga hari ini, masih hangat lagi dan dibincangkan oleh rakyat malaysia. Suara rakyat disalurkan dengan cara yang betul, syabas untuk semua yang mengundi. Ada juga yang beratur sampai berjam- jam menunggu giliran untuk mengundi dengan penuh rasa bersabar. Walaupun uzur juga turut serta tidak mahu terlepas daripada menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Pihak SPR juga telah menjalankan kerja dengan sebaik mungkin dan penat lelah untuk buat kerja yang telah diberi tanggungjawab. Warga emas dan ibu mengandung serta yang membawa anak kecil diberi saluran khas supaya lebih mudah dan cepat tidak perlu menunggu lama.

Apa yang menakjubkan PRU kali ini adalah,  Perdana Menteri yang ke 7 ini merupakan perdana menteri yang ke 4 iaitu Tun Dr.Mahathir (1981-2003). Tun Dr. Mahathir parti pakatan harapan menumpaskan Barisan Nasional dengan jumlah yang agak besar.

Beberapa buah negeri yang sebelum ini bawah Barisan Nasional juga bukan lagi menjadi lubuk BN untuk pru kali ini. Apa yang terjadi pun, kita sebagai rakyat Malaysia inginkan yang terbaik dan suara rakyat didengari.


Pada 10 mei 2018, Tun Dr. Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 7 di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Balai Rong Seri, Istana Negara, di sini, jam 9.56 malam tadi. Ia merupakan buat kali kedua selepas memegang jawatan yang sama pada 16 Julai 1981 untuk tempoh 22 tahun..

Sebagai rakyat Malaysia kita doakan kesihatan yang baik untuk Tun Dr. Mahathir supaya dapat mentadbir negara dengan sebaik mungkin dan memperbaiki mana yang kurang. #SuaraRakyatDidengari

Yang belum cukup umur, after this kalau dah cukup jangan lupa daftar ye jalankan tanggungjawab kita pada negara sendiri. Pilihanraya yang dijalankan 5tahun sekali ini harus digunakan sebaik mungkin . Lets start new era dengan pemerintahan yang baru. 😃

Friday, April 27, 2018

Degree life ft Avengers infinity war
Fuh dalam diam tak diam, separuh sem dah sekarang ni tinggal berapa bulan je nak habis sem 1 dah kat uitm segamat ni. Mula-mula memang sedihla bila tukar fakulti and kena start sem 1 balik 😅. Siapa kata degree ni makin relax dan tak stress sangat ye?

First week sampai third week memang bersenang lenang, dua minggu awal tak belajar langsung pun siap balik rumah goyang kaki lagi tau. Ambik week berapa ni dah start busy and pack habis. Last week and coming week ni masyaAllah dia punya pack dengan test, quiz, assignment and presentation. Semua nak kejar masa puasa and ada yang taknak time puasa. Memang carry forwad la kan jawabnya.

Class ganti pun dah start untuk masa cuti raya yang sepatutnya kitaorang cuti raya sehari sebelum raya je. Not enough rest and stress itu tak boleh nak cakap. Walaupun busy still nak juga tengok movie bagai macam takde kesedaran je 😆. BTW i dah tengok avengers infinity war semalam.

Not bad lah sebab im not fans and tak tengok pun all the movies.
Bila masuk wayang mula-mula memang agak blur la.
overall boleh lah bagi 7.5/10
Yang belum tengok korang boleh sebab baru je tayang dan amaran please jauhi dari duduk dekat dengan yang bawak anak. Sebab i kena belakang i bawa anak dia 3 orang siap pasang lagu cumi-cumi Nabila razali kau rasa!

for those yang dah tengok korang boleh tinggal comment pasal cerita ni. Apa feedback korang? Puas hati ke or rasa macam dia tak patut macam tu?


Akhir sekali nak mintak tolong korang sumbang like and comment dekat my ig post for my assignment mkt. Markah semuanya berdasarkan like and post.
 just click link below this ↓

Thank you so much yang tolong tu semoga Allah membalas jasa anda semua

Sunday, February 11, 2018

SHOPBACK ? apa benda tu?

       Petang weekend ini nak share sikit mengenai shopback walaupun dah semakin meluas dan ramai yang dah tahu. For those yang masih tak tahu jangan risau okey sila baca sebelum lagi terlambat. Sekarang ini zaman semuanya nak berbelanja online(atas talian)  tambah pula banyak sale yang melanda nak musim perayaan. Risau berbelanja lebih pula kalau asyik beli online je nak nangis hujung bucu meja hujung bulan kan.
 
       Korang hanya perlu buat acc shopback ni and tekan direct dari situ untuk membeli. Tapi sebelum itu sesiapa yang belum ada acc shopback boleh  Click here . Wait wait sebelum tu terangkanlah apa benefit?! okey jangan marah sis lupa.
 
       Sekiranya dah register dekat click here atas tu tadi , korang shopping dengan apa pulangan yang telah ditetapkan walaupun tidakla banyak mana tapi kalau dah selalu shopping sure akan dapat banyak. Mostly 2.0% until 6.0% tapi ada juga yang banyak lagi.

       Habis boleh ke dapat balik duit yang dah kumpul lepas shopping tu? Jawapannya memang boleh kat situ korang boleh isi no acc bank mana mana yang korang nak di cashout kan. Berapa paling sikit boleh keluar? Min RM 10 dalam acc yang Available Balance. Kalau korang check tapi pending tu kena tunggu sebab diaorang takut if korang cancel pembelian macam gitu la.


      AMARAN KERAS! : dah daftar dan berbelanja itu janganlah sampai tak ingat dunia cuma apps ini buat korang lebih jimat sebab sebagai pengguna perlulah berbelanja dengan cermat. Bukan setakat shopping je yang nak pergi melancong ataupun book flight pun korang boleh beli melalui sini. Dapat juga jimat tauu.

     Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan dekat komen dan kalau ada masalah untuk signup nak i invite you guys pun boleh just tinggal komen 😊

Friday, February 2, 2018

Cacing dalam usus?
    


      Mungkin tak ramai ambik berat dalam usus kita, ramai yang pikir lemak-lemak, kulit tapi lupa pasal cacing. Ahh cuba tanya diri korang sendiri bila last makan ubat cacing? Rata-rata mesti akan cakap last makan masa sekolah rendah dulu dapat free dokter datang kannn. Malah ada yang pikir ubat cacing ini budak budak jelah yang kena ambik, takkan lah dah besar pun nak makan jangan buat lawak lah.
   
    Okey mehh Tengok sikit macam mana rupa cacing dalam perut tuu.. okey i belanjalahh gambarnya yang i rembat dekat google tu. ↴

Lepas tengok gambar ini rasa-rasa nak tahu takk pasal cacing yang duduk dalam usus kita sepanjang kita hidup dan makan macam-macam benda ini. 

Macam mana cacing boleh masuk pula? Cacing masuk melalui dua cara:
  1. Melalui telur cacing yang terdapat pada makanan yang tercemar
  2. Penembusan melalui kulit manusia.
Perkara macam ini kita jarang nak tahu tambah pula ada berita baru-baru ini yang seorang doc mengeluarkan cacing dari usus seorang pesakit sepanjang 2.3 or 2.8m okey meter omggg...


Nak tahu apa tanda-tanda kita ada cacing? meh sini sis huraikan lagi bagi korang tahu juga sebab sis pun baru perasan pasal cacing ni juga hahaha

  • Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
  • Alahan kulit yang teruk – bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam
  • Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata
  • Hiperaktif
  • Sakit kepala
  • Sakit perut – cirit-birit, kembung, sembelit
  • Anemia – kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)
  • Keletihan luar biasa – lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
  • Sensitif terhadap cahaya
  • Gusi & hidung berdarah
  • Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
  • Gatal sekitar lubang najis (dubur)
  • Alahan terhadap makanan
  • Tiada selera makan, pucat,
  • Kurang berat badan walaupun selera makan ada
  • Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)

    Habis tu kat mana nak dapatkan ubat cacing? Korang boleh pergi mana-mana farmasi yang terdekat okey jangan gelabah. Ubat cacing ini sebenarnya kena ambik 6 bulan sekali tapi kalau malas tu korang boleh lah ambik setahun sekali yang penting jangan tak ambik langsung sayang sikit usus kita. Asal kita makan je cacing nak makan juga last-last dia besar dan kita asyik lapar je .

     Agak-agak malu dengan orang yang kerja kat farmasi tu pergilah cari sendiri.  Ada macam gula-gula and ada juga cercair. Mana yang dah dewasa tu pun kena makan juga sebab semua lapisan kena ambik ubat cacing ni.


        Sis ambik jenama  champs ini je sebab disarankan oleh farmasi dan dia perisa coklat dan boleh nyonyot/ hisap macam gula-gula . Tapi korang jangan bau sebab agak umppp..  katanya macam gambar first zentol tu or lain tu lagi kuat baunya. Tak mahal pun champs ini untuk sekali makan ada dua biji harga dalam rm6 lebih je. and yang zentol tu ada dua kotak nampak rm11 macam tu.
        
      Korang boleh beli dan kalau nak lebih lanjut boleh tanya dekat diaorang okey. Lets our tummy free from cacing tu semua 😊
      Jangan kedekut keluarkan duit sikit je untuk ubat ini sebelum terlambat 

Friday, January 19, 2018

JANGAN AMBIL MUDAH DENGAN KUTU KUCING !
     Hari jumaat yang mulia ini, i nak share serba sedikit pasal kucing yang kita perlu ambik tau. Kucing adalah haiwan yang paling manja dan comel. Siapa je tak tertarik dengan kucing woiii cute okey! Tapi kepada yang takut kucing tu rugilah rasanya kann. Entry kali ni nak cerita pasal kutu kucing, apa ulang balik? KUTU KUCING!!
 
      Those yang membela kucing please jaga kucing korang elok-elok and kerap mandikan or hantar grooming okey. Jaga kucing ni kena bagi banyak komitmen jangan dera dia kalau tak suka. Back to topic, my cat (milley) kena kutu dont know from where tapi i yang stress sebab apa kutu tu bukan kacau dia sahaja tapi satu rumah.

      I think sebab dia ada jalan-jalan dekat luar tu yang terkena kutuk, mula-mula memang tak perasan but makin lama omgg makin banyakk dan kita orang dalam rumah ini pula yang kena serang dengan kutu sampaikan gatal-gatal.  Gambar bawah ini bukan my pic tapi memang serupa gini and my sis ada allergy dia tumbuh yang berair-air tu.


     Sumpah gatal gila bila korang kena macam ini, the safe way bersihkan la rumah hari hari bila dah nampak ada kutu kat kucing dan cepat-cepat bagi ubat matikan kutu tu. Kenapa pula kaki or anggota badan kita jadi macam tu? sebabnya kutu kucing tu makan darah okeyy

Antara petua yang boleh merawat sakit kutu kucing:

1. Bersihkan kawasan rumah.

Amat penting, kerana biarpun telah merawat kulit, risiko untuk kena kembali amat tinggi jika rumah masih didiami kutu-kutu durjana ini. Vakuum karpet dan apa-apa perhiasan serta pakaian berbulu, kerana kebarangkalian kutu-kutu tertipu dengan ‘hartanah’ palsu lalu membina rumah di dalamnya.

2. Rajin membersihkan diri

Jangkitan kuman boleh mengakibatkan keradangan. Jika ada air berlebihan, mandi dan keringkan diri dengan baik. Cuci kawasan gatal dengan air sejuk untuk mengurangkan keradangan, dan kerap menggunakan sabun antibakteria supaya tidak merebak ke kawasan kulit yang lain. Elakkan menggunakan air panas atau suam. Biarpun kebiasaannya air panas atau suam digunakan untuk membunuh atau membersihkan kuman, pada situasi ini ia cuma akan memburukkan lagi keadaan kulit dan menyebabkan kerengsaan.

3. Gunakan Sapuan Yang Elok

Antara bahan sapuan yang berkesan penulis jumpai disyorkan oleh mereka yang pernah menghadapinya adalah:

I) MINYAK KELAPA DARA ASLI

Antara yang amat disyorkan berikutan dihasilkan daripada bahan asli, justeru tiada kesan sampingan. Ia tidak memberi kesan sepantas hydrocortisone

II)PES BAKING SODA

 Baking soda boleh dicampurkan sedikit air sehingga menjadi pes dan kalau boleh jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat. Biarkan lama sedikit taupun semalaman.

III) LOSYEN CALAMINE

Losyen Calamine sering dicadangkan untuk mengurangkan rasa kegatalan.

IV)  HYDROCORTISONE

Antara yang sering doktor pakar kulit bagi kerana kesannya yang cepat (sekitar 2-3 minggu). Namun begitu, terdapat perdebatan mengenai kesan sampingan krim hydrocortisone.Terdapat beberapa isu yang diutarakan mengenai penggunaan kerap atau ketumpatan yang lebih kuat dalam krim hydrocortisone yang boleh menyebabkan penipisan kulit,perioral dermatitis, kerosakan pada organ-organ seperti hati dan buah pinggang, serta sistem imunisasi badan.

4. JANGAN GARU

Kuku dan tangan kita menyimpan banyak kuman. Tambahan pula, menggaru kawasan gatal bukan sahaja akan membantu merebakkan lagi bakteria dan jangkitan akibat gigitan kutu kucing itu, malah akan menyebabkan kerengsaan dan membengkak lebih kuat berikutan kulit disitu adalah lebih sensitif.

The moral is sila check kucing anda dengan kerap dan mandikan dia selalu. Kalau dah ada kutu kucing cepat-cepat bertindak jangan tunggu tunggu nanti makin merebak banyak.

Monday, January 15, 2018

Road to Graduate?
     Time flies so fast, i thought that semalam baru je daftar masuk universiti but realitinya dah habis diploma 3 days ago! Seriously like woww, finally i berjaya habiskan 2tahun setengah dekat UITM TAPAH yang sepatutnya memang dah habis last year tapi extand sebab nak samakan dengan budak degree katanya maka last sem lepas sambung dengan a few month rest !


     First time course statistic habis awal beb, Maka dengan itu dengan jayanya dapat mengharuni diploma in statistics, at first memang kau akan cakap KENAPA AKU DAPAT COURSE INI!!!!! rasa memang meroyan jugalah awal-awal sampai habis sem ini. Tapi takdir, kita perlu redha and alhamdulilah still alive until now.
     For those yang nak sambung in statistic just go on bukan nak cakap this course teruk or apa-apa pun, korang boleh je pergi jauh dengan course ini tak mampu nak sekat apa-apa pun. Best memang best but kalau korang fikir ini just kira-kira memang salahh la dia ada juga bab menghafal. Itu perkara biasalah.
      Now, just nak tunggu result and penerapan for degree but still looking for job too! Anyone nak hire me (haha). Bermulalah waktu yang makin sukar dan semakin tua! Having my 21 birthday on a day before last paper is not cool at all actually.
thank you so much roomate and roomate angkat 💕💕😆
ini sahaja sempat untuk sambut birthday huhu sedih.

      Maybe after this i'll miss all my good friend? Not easy to find good friend dan kebanyakkannya fake je banyak. Kawan atas dasar mengambil kesempatan tu like uhhhh. Hope dapat jumpa lagi kawan-kawan diploma dan jangan lupakan i .

Roomate yang baik lepas kenal. Padahal sekelas je memang mula-mula masuk tu masyaAllah awkward gila sebilik tapi makin lama makin hmmm.  Betulla orang kata tak kenal maka tak cinta haha

#babes hope kawan sampai tua hmm dari sem satu sampai sekarang memang forever 💕
Gila-gila tu memang macam biasalahh thank you forever everything guyss (wada, atik,mai)
and this girl ohh.. Mula rapat last sem and im not take you from your bestfriend.
Pergi kelas naik motor sesama, kena simbah air hujan dengan kereta tu like kelakar pun ada macam tak de hati pula orang yang bawa kereta just laju and langgar lecak! like woiii kitaorang nii basah lecun naik moto macam nak nangis.


     Too many memorys from the first day step to diploma and the last day. Pahit manis bermacam-macam yang mampu buat kita tersenyum dan tergelak bila ingat. After this dunia makin mencabar bila masing-masing ada yang sambung ada yang nak kerja dan ada yang nak kahwin terus! ohh goddd cepatnya dah nak kahwin and im still alone!
    
    Lastly, semoga maju jaya kepada semua dan keep our memory until we old! Congrats A4CS1115E love you guys💕. Jumpa time grad nanti okeyyy

@templatesyard